awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia hadapi cabaran separuh akhir Liga Hoki Dunia

Bernama
Bernama
19/05/2013
14:46 MYT
Malaysia sedia hadapi cabaran separuh akhir Liga Hoki Dunia
Skuad hoki kebangsaan bersedia menghadapi persaingan pusingan ketiga separuh akhir kejohanan Liga Hoki Dunia yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor dari 29 Jun hingga 7 Julai ini.
Skuad kebangsaan akan berdepan pasukan ternama seperti Pakistan, England dan Afrika Selatan dalam Kumpulan B.
Kumpulan A pula terdiri daripada Jerman, Korea Selatan, Argentina dan satu lagi pasukan, iaitu sama ada Jepun atau Rusia, yang akan ditentukan selepas persaingan pusingan kedua.
"Berdepan pasukan seperti Pakistan, England dan Afrika Selatan, kita perlu mencabar kebolehan serta keupayaan sendiri.
"Kita akan menyerang setiap pasukan dengan taktik serupa selain mempertingkat corak permainan sedia ada," kata jurulatih kebangsaan Paul Revington pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional di sini hari ini.
Berdasarkan prestasi pemain ketika ini, Revington yakin skuad bimbingannya mampu memberi cabaran sengit.
Revington berkata beliau menghormati gaya permainan pasukan lain dalam Kumpulan B dan tidak akan sesekali memandang rendah kebolehan lawan.
"Saya rasa semua pemain percaya bahawa dengan pemikiran yang betul dan fizikal yang kuat, kita sepatutnya mampu bersaing dengan semua pasukan ini," katanya.
Pusingan ketiga kejohanan Liga Hoki dunia merupakan perlawanan kelayakan bagi Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung di Belanda.
Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada satu lagi perlawanan kelayakan Piala Dunia iaitu Piala Asia, yang berlangsung dari 24 Ogos hingga 1 Sept di Ipoh, Perak.
Topic Berkaitan
#hoki kebangsaan
#Liga Hoki Dunia
#Paul Revington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan