MALAYSIA mempamerkan perkembangan positif menjelang saingan Piala Asia Qatar yang bakal bermula minggu hadapan susulan meraih keputusan seri 2-2 dengan Syria dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Isnin (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Ia merupakan perlawanan tertutup di antara kedua-dua pasukan namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memuat naik keputusan perlawanan menerusi laman sosial Facebook.

Malaysia membuka jaringan menerusi Arif Aiman Md Hanapi pada separuh masa pertama (minit ke-39) sebelum Syria bangkit dengan dua gol dalam tempoh empat minit di separuh masa kedua menerusi Pablo Sabbag (minit ke-70) dan Ibrahim Hesar (minit ke-74).

Sebelum Paulo Josue kembali mengikat kedudukan pada minit ke-78 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.

Dalam aksi terdahulu, Malaysia-Syria turut seri dengan keputusan sama.