KEMPEN Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan memalukan apabila tumpas menerusi jaringan sama 1-4 kepada Korea Utara yang beraksi lebih mantap di Stadium i-mobile, di sini malam ini.
Kekalahan tersebut adalah kedua buat Malaysia dalam tempoh tiga hari, selepas tumpas 1-4 kepada Korea Utara di stadium yang sama, Jumaat lepas.
Turun beraksi dalam keadaan tekanan, ketua jurulatih Malaysia Nelo Vingada membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama, dengan merehatkan beberapa pemain yang sering diturunkan di bangku simpanan, dan membariskan pemain muda dalam usaha mengelak berdepan satu lagi kekalahan.
Antara pemain yang direhatkan pada perlawanan malam ini adalah Fadhli Shas, yang diberi tugas selaku ketua pasukan pada perlawanan Jumaat lepas, dan S. Kunanlan yang masih mengalami kecederaan.
Safiq Rahim yang boleh beraksi pada perlawanan malam ini, selepas digantung satu permainan ketika pertemuan dengan Hong Kong sebelum ini, juga diletakkan sebagai pemain simpanan walaupun dijangka kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan.
Malaysia bermula agresif di awal permainan sehingga memaksa Korea Utara memperkemaskan kawalan, namun sikap positif ditampilkan pemain negara tidak bertahan lama, sebaliknya anak buah Jorn Andersen kembali menguasai perlawanan.
Barisan pemain Korea Utara yang tinggi lampai dan memiliki fizikal yang lebih tegap, terus memberi tekanan terhadap pemain Malaysia, dan menerusi sepakan sudut, Kim Yu Song menanduk masuk bola untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-15
Lima minit kemudian, Song menggandakan jaringan selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut rakan sepasukan, dan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-44 untuk Korea Utara mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.
Menyedari mengalami kekalahan ketujuh sejak dilantik sebagai jurulatih skuad Malaysia pada Mei lalu, Vingada membuat beberapa pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan pemain lebih berpengalaman, Fadhli Shas dan Safiq serta pemain sayap, Safawi Rasid.
Kemasukan ketiga-tiga pemain berkenaan tidak memberi banyak perubahan, dengan Korea Utara memperoleh gol keempat pada minit ke-78 menerusi Park Kwang Ryong, sebelum Safawi menghadiahkan gol sagu hati Malaysia pada minit ke-85.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2017
Skuad bola sepak negara sekali lagi kalah 1-4 menentang Korea Utara di Stadium i-mobile, Bangkok, Thailand. - Gambar fail Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.