awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tak ambil mudah soal pembangunan skuad B-23 - Elavarasan

Bernama
Bernama
17/08/2023
20:20 MYT
Malaysia tak ambil mudah soal pembangunan skuad B-23 - Elavarasan
Aspek melahirkan lebih ramai pemain muda berkaliber tidak diambil mudah termasuk dalam skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, kata pengendali skuad B-23 kebangsaan, E. Elavarasan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aspek melahirkan lebih ramai pemain muda berkaliber tidak diambil mudah termasuk dalam skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, kata pengendali skuad B-23 kebangsaan, E. Elavarasan.
Beliau berkata, mengambil contoh negara lain yang meletakkan kepentingan terhadap pembangunan pemain muda, Malaysia turut tidak ketinggalan melakukan perkara sama bagi memastikan Harimau Muda boleh berdiri sama tinggi dengan pasukan rantau Asia lain.
"Sudah semestinya pasukan seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam mereka agak menonjol daripada sudut pembangunan pemain muda mereka.
"Jadi kita juga sedang cuba yang terbaik untuk mengejar mereka," katanya menerusi audio yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sempena Kejohanan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand, yang bermula Khamis.
Pada kejohanan itu, Malaysia yang menyasarkan layak ke final, diundi dalam Kumpulan B bersama Timor Leste dan juara Sukan SEA 2023, Indonesia dengan juara setiap kumpulan bersama naib juara terbaik akan layak ke peringkat separuh akhir.
Kumpulan A menghimpunkan pasukan tuan rumah Kemboja, Brunei dan Myanmar sementara Kumpulan C dibarisi juara bertahan Vietnam, Filipina dan Laos.
Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan itu adalah menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Elavarasan
#skuad Bawah 23 tahun
#harimau muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan