awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tewas aksi pembukaan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita

Bernama
Bernama
02/04/2022
15:01 MYT
Malaysia tewas aksi pembukaan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
Skuad negara dijadual bertemu pasukan Wales dalam aksi Kumpulan D esok pada 3 petang waktu Malaysia. - Gambar/ Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Skuad projek khas hoki wanita negara bermula dengan langkah kiri selepas tewas kepada Jerman 0-10 dalam aksi Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan hari ini.
Penguasaan pasukan Jerman membuatkan skuad kendalian Ketua Jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim terpaku seawal suku pertama permainan apabila gawang negara dibolosi dua jaringan padang oleh Aina Kresken pada minit kelima dan kesembilan dalam aksi Kumpulan D itu.
Aina tidak menunggu lama untuk melengkapkan jaringan hatrik gol padangnya pada minit ke-20 sebelum rakan sepasukan Lilly Stoffelsma menjaringkan gol pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 0-4 selang satu minit kemudian.
Skuad hoki wanita negara terus dirundung malang apabila Jerman menambah tiga jaringan gol padang melalui Jette Fleschutz pada minit ke-39, Sara Strauss (40) dan Lilly (42) meletakkan pasukan itu di kedudukan selesa 0-7 dalam aksi suku ketiga perlawanan.
Dalam aksi suku keempat, Jerman meneruskan momentum dengan tiga lagi jaringan gol padang menerusi Jule Bleuel pada minit ke-46, Verena Neumann minit ke-53 sebelum Sophia Schwabe memutlakkan kemenangan untuk negaranya pada minit ke-59 perlawanan.
Skuad negara dijadual bertemu pasukan Wales dalam aksi Kumpulan D esok pada 3 petang waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
#Malaysia
#Afrika Selatan
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan