awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tewaskan Thailand untuk juarai Kejohanan AFF B-15

Bernama
Bernama
09/08/2019
14:30 MYT
Malaysia tewaskan Thailand untuk juarai Kejohanan AFF B-15
Malaysia kalahkan juara tiga kali Thailand di Stadium IPE Chonburi, Thailand, pada Jumaat. - FAM
Pasukan Malaysia yang bangkit dari ketinggalan satu gol, berjaya mengalahkan juara tiga kali Thailand, 2-1 untuk menjuarai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-15 2019 di Stadium IPE Chonburi, Thailand, hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan anak buah P. Maniam mengulangi kejayaan 2013 di mana Malaysia memenangi kejohanan itu buat kali pertama dengan mengalahkan Indonesia 3-2 pada final menerusi penentuan penalti susulan terikat 1-1 selepas masa penuh perlawanan.
Pada perlawanan hari ini, Thailand mendahului pada minit ke-16 melalui gol dijaringkan Theekawin Chansri, sebelum Malaysia bangkit dan menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, melalui Muhammad Izrin Ibrahim pada minit ke-69 dan Muhammad Nabil Qayyum (minit ke-79), menurut laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Untuk rekod, Malaysia mendahului Kumpulan B sebelum mengalahkan pasukan tempat kedua Kumpulan A, Vietnam 3-1, di perlawanan separuh akhir pada Rabu.
Pasukan itu memulakan kempen mereka dengan membelasah Brunei Darussalam 8-0 pada 28 Julai, Kemboja (2-0) pada 30 Julai, Australia (3-0) pada 1 Ogos, sebelum seri 1-1 dengan Laos dan pasukan tuan rumah masing-masing pada 3 dan 5 Ogos.
Skuad tersebut yang kebanyakan merupakan pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Kuantan Pahang akan pulang ke Malaysia, esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chonburi
#kejohanan piala aff
#Malaysia
#Piala AFF
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan