NAM DINH (Vietnam): Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak Kebangsaan Bawah 23 tahun (B-23) Brad Maloney gembira dengan tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan Malaysia ke atas Laos malam tadi yang mencerahkan peluang pasukan itu untuk mara ke separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA Ke-31.
Kemenangan 3-1 ke atas Laos di Stadium Thien Truong di sini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Malaysia yang menyaksikan Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
Dalam sidang media selepas perlawanan, Maloney berkata kemenangan ini memberikan impak positif kepada pasukannya dalam menghadapi baki perlawanan berhadapan Singapura, Sabtu ini dan Kemboja pada 16 Mei.
"Sudah tentu kami berpuas hati dengan tiga mata ini. Laos tidak memberi laluan mudah dan mereka memiliki beberapa pemain berkualiti tetapi ia baik untuk kami untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dalam kejohanan ini dan kami berjaya mendapat keputusan yang diperlukan," katanya.
Pada aksi malam tadi, penyerang muda KV Kortrijk Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-36 dan ke-67 sementara satu gol lagi dijaringkan Muhamad Syahir Bashah pada minit ke-43.
Laos mendapat gol sagu hati pada minit ke-85 menerusi pemain gantian Visith Bounpaserth.
Sementara itu Ketua Jurulatih Laos Hans Michael Weiss merasakan pasukan tidak bernasib baik kerana mengharungi tiga perlawanan dalam lima hari sementara Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk persiapan menghadapi perlawanan.
"Kami kekurangan tenaga dan kebanyakannya adalah gol mudah tetapi sememangnya Malaysia menguasai perlawanan tetapi kurang mencipta peluang bagaimanapun mereka berhak menang tanpa ragu, kalau boleh saya mahukan pasukan saya dalam keadaan segar kerana mereka sudah menghadapi tiga perlawanan.
"Ia berbeza kerana kami pernah berhadapan dengan mereka sebelum ini dan saya tahu serba sedikit bagaimana menghadapinya tetapi kami tidak bertenaga hari ini, pemain terbaik saya nombor 17 yang bermain dengan cemerlang ketika menentang Kemboja tidak dapat diturunkan hari ini dan juga dua atau tiga lagi pemain yang tidak bersedia untuk beraksi selama 90 minit," katanya.
Malaysia terus mencari peluang memastikan satu tempat ke separuh akhir apabila bertemu Singapura, Sabtu ini dan mengakhiri perlawanan kumpulan bertemu Kemboja pada 16 Mei.
Kedua-dua perlawanan dijadualkan berlangsung di venue sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Pemain Negara Muhammad Hadi Fayyadh mengawal bola ketika menentang pasukan Laos pada saingan Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, malam tadi. --fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.
Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.