BANGKOK: Selepas bola sepak, badminton menjadi sukan kedua paling popular di Malaysia.
Pada ketika bola sepak negara pada peringkat antarabanga masih suram, namun pemain badminton Malaysia sering memberikan berita gembira dengan aksi menarik dan kemenangan pada peringkat antarabangsa.
Namun berbanding kejayaan gelaran individu yang dikecapi, kejayaan pada peringkat berpasukan agak kurang termasuk gelaran yang sering diidamkan iaitu Piala Thomas, yang Malaysia menang buat kali terakhir pada 1992, di Kuala Lumpur.
Ia satu kekecewaan selama 30 tahun. Namun tentunya harapan tinggi terus ditagih daripada pemain-pemain badminton negara untuk menamatkan kemarau itu, apabila Piala Thomas edisi 2022 berlangsung di Bangkok bermula esok sehingga 15 Mei.
Harapan kepada pemain badminton lelaki untuk akhirnya Malaysia merangkul Piala Thomas buat kali keenam di 'Negara Penuh Senyuman' itu, amat tinggi, terutamanya selepas kejayaan skuad negara menggondol kejuaraan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, buat kali pertama dalam sejarah badminton negara pada Februari.
Namun demikian, kejayaan itu tidak seharusnya menjadi kayu pengukur keupayaan pasukan lelaki negara untuk membawa pulang Piala Thomas dari Impact Arena, kerana pada ketika itu hanya skuad Malaysia membariskan pasukan terkuatnya.
Perlu juga diingatkan bahawa Piala Thomas sebagai satu piala berprestij, merupakan satu situasi berbeza berbanding BATC.
Selain itu, Malaysia telah gagal untuk menyinar pada edisi terdahulu Piala Thomas, termasuk ditundukkan 0-3 oleh musuh tradisi dan juga juara di Aarhus, Denmark, Indonesia pada perlawanan separuh akhir hanya tujuh bulan lepas.
Namun demikian, tiada sesiapa dapat menafikan peluang pasukan Malaysia di Bangkok, jika pemain negara dapat mengulangi semangat, kesungguhan, kesatuan dan kesefahaman, yang mereka pamerkan di BATC.
Malah Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann percaya, pasukan Malaysia mampu untuk layak ke final, tahun ini.
"Saya rasakan yang kita sentiasa sasarkan untuk layak ke final. Pasukan kami ini lebih kuat dan mampu mencabar pasukan lain... kami juga lebih bersedia berbanding dengan edisi sebelum ini," katanya.
Satu lagi sebab kepercayaan beliau itu ialah fakta bahawa hampir keseluruhan pemain Malaysia masih muda, dengan kebanyakan mereka berusia antara 21 dan 25, manakala kemasukan pemain perseorangan lelaki veteran Liew Daren yang berusia 34 tahun dan pasangan berpengalaman Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, yang masing-masing berusia 27 dan 29 tahun, tentunya menambah kekuatan kepada pasukan.
Namun pemain perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia, tetap menjadi ayam tambatan. Ditambah dengan kejayaan beliau baru-baru ini di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina Ahad lepas (1 Mei), beliau tetap diharapkan untuk memberikan mata pertama dan seterusnya mencetuskan semangat pasukan untuk menang.
Namun agak sukar untuk memastikan siapa yang akan memperolehi mata kedua untuk Malaysia, dengan prestasi tidak konsisten Daren yang menjadi pertikaian ramai, manakala prestasi ahli skuad lain - Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Leong Jun Hao - masih belum mencapai tahap dikehendaki.
Dengan Aidil Sholeh tidak diturunkan langsung di Aarhus tahun lepas walaupun tersenarai dalam skuad, kita perlu berharap pengalaman beraksi di negara itu dapat memberikan kelebihan kepada pemain sedang meningkat, Tze Yong dan Jun Hao di Bangkok.
Dengan perseorangan lelaki berpotensi untuk memberikan hanya satu mata menerusi Zii Jia, Malaysia perlu bergantung kepada tiga pasangan beregu untuk memberikan dua mata lagi, bagi memenangi format 'lima terbaik'.
Tiga pasangan beregu itu adalah pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo Aaron Chia yang juga ketua pasukan dan pasangannya Soh Wooi Yik; pemenang pingat gangsa Kejuaraan Dunia 2021 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. Selain Chia Wei Jie sebagai pemain simpanan.
Dengan kembalinya Rexy Mainaky ke BAM sebagai pengarah kejurulatihan beregu Disember lepas, telahpun membuahkan hasil dengan peningkatan pasangan Sze Fei-Nur Izzuddin ke kedudukan ke-14 dunia selepas mereka mengondol kejuaraan Jelajah Dunia mereka yang pertama di Terbuka Jerman 2022, pada Mac.
Kehadiran Rexy tentunya telah memberikan 'cetusan' kepada jabatan beregu, dengan Sze Fei-Nur Izzuddin dan Aaron-Wooi Yik berhadapan satu sama lain pada peringkat empat terakhir BAC 2022 minggu lepas, sebelum Aaron-Wooi Yik tewas kepada Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dari Indonesia pada perlawanan akhir.
Berdasarkan kepada undian akhir Piala Thomas di sini, Malaysia dalam Kumpulan D, tentunya mahu membalas dendam terhadap juara 2014, Jepun yang mengalahkan Malaysia 4-1 pada peringkat yang sama di edisi di Aarhus.
Walaupun pemain utama perseorangan Jepun Kento Momota masih bergelut mencapai prestasi terbaiknya, termasuk terkeluar pada pusingan pertama BAC 2022 di Manila, tentunya 'Negara Matahari Naik' itu akan bergantung kepada juara dunia dua kali dan juga juara dunia beregu, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi untuk memberikan mata.
Namun Choong Hann mengingatkan anak buahnya untuk tidak hanya memfokuskan kepada Jepun sahaja, kerana dua lagi pasukan dalam kumpulan itu iaitu England dan Amerika Syarikat, tidak boleh diambil mudah.
Sementara itu, Indonesia masih menjadi pasukan pilihan untuk mempertahankan gelaran mereka.
Pemain nombor lapan dunia Jonatan Christie perlu diawasi berikutan prestasi baiknya musim ini, walaupun tewas kepada Zii Jia di akhir BAC 2022, dan kekuatan mereka sebenarnya dalam jabatan beregu, dengan juara All England 2022 Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dan juara BAC 2022 Pramudya-Yeremia Erich.
Indonesia dijangka akan menjuarai Kumpulan A dengan pasukan lain Korea Selatan, pasukan tuan rumah Thailand dan Singapura.
Bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimana satu lagi gergasi badminton dunia dan juara 10 kali, China akan beraksi kali ini selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara 2016 Denmark, Perancis dan Algeria.
Misteri menyelubungi pasukan China, yang akan turun tanpa Shi Yu Qi, namun mereka boleh mengharapkan kepada pemain meningkat naik Weng Hong Yang, yang mencetuskan sensasi dengan memenangi Terbuka Korea bulan lepas, selain pasangan Liu Yu Chen-Liu Cheng dan He Ji Ting-Tan Qiang.
Denmark pula menunjukkan kekuatan pada pemain perseorangan mereka, dengan diketuai pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dan dibantu pemain seperti Anders Antonsen, Rasmus Gemke, Hans-Kristian Solberg Vittinghus. Selain itu, mereka juga mempunyai pilihan yang bagus dalam jabatan beregu.
India yang diundi dalam Kumpulan C bersama Taiwan, Jerman dan Kanada, boleh memberikan kejutan pada kejohanan itu, dengan pemain perseorangan mereka Lakshya Sen, Kidambi Srikanth dan HS Prannoy selain beregu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Piala Uber pula, menyaksikan Malaysia memerlukan keajaiban hanya untuk melepasi peringkat kumpulan selepas diundi dalam kumpulan sukar, Kumpulan C bersama Thailand, Denmark dan Mesir.
Agak sukar untuk melihat bagaimana pemain perseorangan wanita negara S. Kisona dan rakan-rakan mampu melepasi tahap terbaik mereka, sampai peringkat lapan terbaik yang pernah dicapai pada 2004, 2008 dan 2008 dan 2010.
Skuad Piala Uber Malaysia turut disertai Goh Jin Wei, Eon Qi Xuan, Myisha Mohd Khairul, Tan Zhing Yi dan Chan Wen Tse (perseorangan); selain Pearly Tan, M. Thinaah, Anna Cheong Ching Yik, Teoh Mei Xing, Valeree Siow dan Low Yeen Yuan (beregu).
Pemain nombor satu dunia Akane Yamaguchi menjadi taruhan kepada Jepun untuk memenangi gelaran ketujuh mereka, namun mereka terlebih dahulu perlu melepasi Kumpulan A, yang turut disertai juara tiga kali Indonesia, Perancis dan Jerman.
Juara lima belas kali China, yang berada dalam Kumpulan B bersama Taiwan, Sepanyol dan Australia akan mencari inspirasi dari Wang Zhi Yi, yang masih segar memenangi juara perseorangan BAC 2022 untuk mengekalkan kejuaraan mereka.
Korea Selatan yang memenangi satu-satunya Piala Uber mereka pada 2010, akan mengharapkan pemain nombor empat dunia An Se Young dan pasangan nombor dua dunia Lee So Hee-Shin Sheung Chan untuk menjuarai Kumpulan D, yang turut disertai Kanada, India dan Amerika Syarikat.
Pentas kini telah terbuka dan pemain-pemain kini telah bersedia. Apa yang tinggal kini ialah untuk pasukan Piala Thomas negara untuk menyerlah dan mengembirakan seluruh rakyat Malaysia bagi mengakhiri penantian sejak 30 tahun lepas.
Raket di tangan anda... teruskan, demi kejayaan untuk negara!
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia (tengah) bersama barisan pemain badminton negara yang menyertai Kejohanan Piala Thomas dan Uber 2022 giat berlatih di sebuah dewan latihan di Bangkok. - Foto BERNAMA

MAVCOM | Trafik penumpang capai rekod tertinggi sejak pandemik
Jumlah trafik penumpang udara mencatat rekod tertinggi sejak permulaan pandemik COVID-19 selepas mencapai angka 8.7 juta, pertumbuhan sebanyak 415.6 peratus tahun ke tahun. Menurut laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pertumbuhan ini disebabkan kesan asas yang rendah dengan trafik penumpang pada suku pertama 2021 berjumlah 1.7 juta.

PLUS | Lebih 265 PLUSRonda bakal ditugaskan menjelang Aidiladha
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil langkah proaktif dengan mengerahkan kira-kira 265 pasukan PLUSRonda bagi meningkatkan rondaan terutamanya di lokasi-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya menjelang sambutan Aidiladha. Ia susulan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya pada Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa, terutamanya pada hari-hari puncak iaitu 8 Julai (Jumaat) dan 11 Julai (Isnin).

Dua remaja maut kemalangan motosikal di Taiping
Dua remaja maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal di kilometer (km) 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pada Khamis.

Parlimen | Akta PSA perlu dihidupkan semula - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan dalam Parlimen. Demikian jelas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam wawancara anjuran Bersih dan Majlis Peguam bertajuk 'Gearing Up For GE15: What Reforms Do Voters Want?' secara maya pada Khamis.

Kenaikan OPR | BNM, DOSM diminta beri penjelasan
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Julai 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

Malaysia dan Turkiye meterai tujuh MoU untuk terus perkukuh hubungan dua hala
Kesemua MOU ditandatangani sempena lawatan rasmi Ismail Sabri yang tiba di republik itu pada Selasa.

Rumah Keluarga Malaysia: 809 selesai dibaik pulih, 10 siap bina baharu
Sebanyak 809 daripada 2,613 unit rumah selesai dibaik pulih, manakala 10 daripada 97 unit lagi siap dibina baharu di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia setakat 17 Jun lepas.

India cipta sejarah menang Piala Thomas buat kali pertama
India mencipta sejarah hari ini apabila merangkul kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali sejak Piala Thomas diasaskan pada 1948.

Piala Thomas: Rexy jelaskan pilih Sze Fei-Nur Izzuddin sebagai beregu pertama
Beregu nombor 13 dunia itu dipilih kerana mereka berjaya melaksanakan peranan dalam saat penting ketika berdepan Jepun.

Piala Thomas: Pemain Malaysia telah lakukan yang terbaik - Ahmad Faizal
Pemain telah lakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Piala Thomas: Jun Hao terkedu kekalahan mengejut Malaysia
Jun Hao mengalami kekalahan straight set kepada Prannoy HS 13-21, 8-21 dalam persaingan sengit pada Khamis.

Piala Thomas: Malaysia tersingkir di tangan India
Skuad badminton lelaki negara terkandas dalam suku akhir Piala Thomas 2022 selepas tewas 2-3 kepada India di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.

Piala Thomas: Malaysia bertemu India dalam suku akhir
Malaysia akan berhadapan Korea Selatan atau Denmark sekiranya layak ke separuh akhir.

Piala Thomas: Malaysia tewaskan Jepun untuk muncul juara Kumpulan D
Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam skuad negara ke atas kekalahan 1-4 ketika bertemu juara 2014 itu pada edisi peringkat kumpulan sebelum ini di Aarhus, Denmark.

Piala Thomas: Malaysia satu pasukan kuat - Momota
Pemain nombor dua dunia Kento Momota memuji Malaysia sebagai antara pasukan yang terkuat pada Piala Thomas 2022.

Piala Thomas: Malaysia mara ke suku akhir, tewaskan AS 5-0
Malaysia mara ke suku akhir Piala Thomas selepas menewaskan Amerika Syarikat 5-0 dalam aksi Kumpulan D, sebentar tadi.

Piala Thomas: Malaysia tundukkan England 5-0 bagi kumpulan D
Malaysia memulakan langkah positif bagi Piala Thomas 2022 apabila berjaya membenamkan England 5-0 pada pusingan pembukaan kumpulan D di Bangkok pada Isnin.