INTER MILAN telah mengenal pasti Anthony Martial sebagai pengganti yang berpotensi untuk menggantikan Romelu Lukaku yang mahu berhijrah.

Lukaku hampir kembali ke Chelsea dengan perpindahan bernilai GBP98 juta ke Chelsea dari Inter, dengan kelab Itali itu mencari jalan untuk meredakan masalah kewangan.

Jika Lukaku melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge, Inter akan menandatangani Martial dengan perjanjian sepanjang musim.

Menurut The Sun, Manchester United mahu menerima tawaran perpindahan secara tetap berbanding pinjaman untuk penyerang itu.

Walaupun ia dipercayai pihak Ole Gunnar Solskjaer akan bersetuju dengan perjanjian pinjaman selama 12 bulan asalkan termasuk syarat untuk membeli setelah tamat tempoh tersebut.

Namun, The Red Devils hanya melepaskan dengan pemain berusia 25 tahun itu dengan yuran perpindahan sebanyak GBP50 juta, nilai yang sama ketika mendapatknya enam tahun lalu.

Ketika ini, Martial masih memiliki tiga tahun dalam kontraknya dan meraih GBP200,000 seminggu.

Memandangkan hubungan baik Inter dan Manchester United -- setelah berjaya menyelesaikan kesepakatan atas Ashley Young dan Alexis Sanchez - berkemungkinan pasangan itu dapat mendorong kesepakatan dapat dicapai.

Pemindahan ke Itali boleh memberikan manfaat kepada Martial kerana dia telah bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Solskjaer.

"Anthony mengalami kecederaan yang teruk sebelum ini. Dia berlatih dengan baik bersama kami tetapi sebagai pemain yang sudah lama tidak bermain, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan ketajaman, memerlukan lebih banyak dalam latihan.

"Dia cuba melakukan perkara yang betul; tetapi ia berhasil sepanjang masa, tetapi lebih baik daripada apa yang anda takutkan kadang-kadang ketika dia cedera selama lima bulan -- sejak Mac."