awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City lebarkan rekod kemenangan 20 kali berturut-turut

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2021
22:26 MYT
Manchester City lebarkan rekod kemenangan 20 kali berturut-turut
Gol pertama Man City dijaringkan pada minit ke-30 menerusi Ruben Dias. - Foto AP NEWSROOM
MANCHESTER CITY melebarkan rekod kemenangan kepada 20 perlawanan berturut-turut selepas menang 2-1 ke atas West Ham United.
Ia kini mendahului persaingan dengan 13 mata di hadapan Manchester United.
Aksi di Stadium Ethihad menyaksikan City berjaya mengawal permainan. Gol pertama tuan rumah dijaringkan pada minit ke-30 menerusi Ruben Dias.
Pelawat kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-43.
Memasuki babak kedua, John Stones menjaringkan gol pada minit ke-68 untuk meletakkan City sekali lagi di depan. Ia adalah gol keempat Stones di laman sendiri musim ini.
City kini kekal di tangga pertama liga sementara West Ham di tangga keempat.
Dalam satu lagi aksi, West Bromwich Albion menghidupkan survival dalam persaingan liga.
Ini selepas ia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brighton and Hove Albion. Aksi kali ini bagaimanapun dibayangi keputusan kontroversi pengadil Lee Mason. Mason membatalkan sepakan percuma Lewis Dunk.
Kontroversi berulang apabila Mason membatalkan gol Brighton, selepas meneliti video bantuan pengadil selepas meniup wisel dua kali ketika sepakan penalti.
Jaringan kemenangan West Brom pada minit ke-11 kekal sehingga tamat perlawanan. West Brom kini berada dalam zon penyingkiran.
Aston Villa pula kini melonjak enam mata ke kedudukan kelapan.
Ini susulan kemenangan 1-0 ke atas Leeds United. Jaringan dibuka seawal minit ke lima oleh Anwar El Ghazi.
Villa kekal mendahului sehingga tamat babak pertama. Tiada sebarang gol terhasil di babak kedua.
Keputusan Aston mendahului 1-0 kekal sehingga wisel penamat.
Bagi Leeds United, biarpun tewas, ia masih mengekalkan kedudukan di tangga 10 liga dengan 35 mata.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Manchester City
#Ruben Dias
#John Stones
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan