awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City rugi RM718.68j

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2021
01:59 MYT
Manchester City rugi RM718.68j
Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak, tetap yakin dengan kekuatan kewangan keseluruhan kelab berkenaan walaupun mengalami kerugian selain terikat dengan peraturan kewangan yang ditetapkan UEFA. - Astro ARENA
MANCHESTER City mengumumkan kerugian sebanyak £126 juta (RM718.68j) dalam laporan kewangan 2019-20 dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah mengambil kira pendapatan yang terjejas akibat COVID-19.
Secara keseluruhan, pendapatan City menurun 11 peratus iaitu kepada £478.4j (RM2.7b bilion) daripada 12 bulan sebelumnya.
Laporan musim lalu berakhir pada 30 Jun 2020 dan angka tersebut dipengaruhi aktiviti yang terpaksa ditunda ekoran krisis COVID-19.
INSANÉ #ServusLeroy @LeroySane19 pic.twitter.com/1Eo1Q3pnvE
— FC Bayern English (@FCBayernEN) July 3, 2020
Pendapatan City pada hari perlawanan merosot sebanyak £13.5j (RM77j), pendapatan siaran daripada Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pula terjejas £18.5j (RM105.5j) sementara keuntungan daripada siaran televisyen menurun sebanyak £44.5j (RM253.8j) walaupun perolehan daripada aliran komersial naik sebanyak £19.5j (RM111.2j)
Jumlah itu bagaimanapun belum termasuk hasil jualan Leroy Sane ke Bayern Munich dengan harga £44.7j (RM255j) berikutan penangguhan pembayaran termasuk Angelino -- pertahanan yang kembali dipinjamkan ke RB Leipzig sebelum kelab Bundesliga berkenaan mengaktifkan klausa pembelian bernilai £16j (RM91.2j), Februari lalu.
City terus dikaitkan perpindahan lumayan terutama membabitkan penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland, dan Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak, tetap yakin dengan kekuatan kewangan keseluruhan kelab berkenaan walaupun mengalami kerugian selain terikat dengan peraturan kewangan yang ditetapkan UEFA.
"Seperti kebanyakan organisasi yang lain, kami tidak mempunyai strategi perniagaan khusus untuk menangani pandemik ini. Apa yang kami miliki dan masih ada adalah asas perniagaan yang kuat, pemegang saham yang komited dan dengan aset penting ini, ia dibangunkan dengan teliti selama lebih sedekad malah lebih dari satu abad," kata Khaldoon.
Topic Berkaitan
#perpindahan
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#COVID-19
#bola sepak
#pandemik
#EPL
#Bayern Munich
#kewangan
#kerugian
#Peraturan
#UEFA
#Khaldoon Al Mubarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan