SENTUHAN penyudah Sadio Mane memberikan kemenangan 1-0 Liverpool ke atas West Ham ketika The Reds merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City kepada tiga mata.

West Ham merupakan salah satu daripada dua pasukan yang mengatasi The Reds dalam semua pertandingan musim ini dan pencabar kelompok empat terbaik itu mempamerkan saingan sengit di Anfield.

Liverpool membuka jaringan menerusi Mane pada minit ke-27 dan ia terbukti cukup untuk tuan rumah selepas West Ham membazirkan deretan peluang yang terhidang.

Ia merupakan kemenangan ke-11 Liverpool dalam 12 perlawanan bagi semua pertandingan, yang ketujuh dalam aksi liga, hanya meningkatkan tekanan buat City menjelang derby awal pagi esok bertemu Manchester United.