Tokoh pembangunan sukan berbasikal Perlis, Maniam Manickam, 65, meninggal dunia akibat sakit tua di sebuah klinik swasta di Sri Petaling di sini pada Rabu.
Bekas naib presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) itu meninggal dunia pada pukul 11.35 pagi ketika menerima rawatan susulan di klinik tersebut, kata cucunya S. Karthikgesan, 18.
"Datuk sudah lama sakit dan badannya lemah. Saya membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jenazahnya dibawa pulang ke kediaman mendiang di Kangar, Perlis dan upacara pengebumian dijangka diadakan di Tanah Perkuburan Bahai di Jejawi, Kangar, esok.
Maniam, pengasas Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis yang pertama kali dianjurkan pada 1982 dan kekal sehingga kini, meninggalkan balu, M. Muniamah, 63, dan enam orang anak.
Mendiang bersara sebagai penjaga stor di Majlis Perbandaran Kangar.
Maniam banyak berjasa dalam bidang sukan negara dengan menjadi pegawai tertinggi dalam persatuan sukan negeri, termasuk menyandang jawatan setiausaha Persatuan Berbasikal Perlis serta beberapa persatuan lain seperti olahraga dan kabadi.
Sepanjang penglibatannya hampir 40 tahun, beliau dinobatkan Anugerah Untuk Semua Sukan daripada kerajaan negeri Perlis pada 2009.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata sukan tanah air khususnya sukan berbasikal merasa satu kehilangan yang besar.
"Maniam memang bergiat aktif dalam sukan negara, bukan hanya dalam sukan berbasikal, beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan tinggi dalam persatuan negeri bagi sukan-sukan lain.
"Jasa dan pengorbanannya dalam dunia sukan selama bertahun-tahun ini memang tiada ganti...sukar untuk kita jumpa seseorang yang begitu mencintai sukan sepertinya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Naim berkata PKBM akan berbincang untuk menyalurkan sumbangan atau bantuan kepada keluarga Maniam yang banyak membantu memartabatkan sukan berbasikal negara.
Bernama
Wed Jun 17 2015
Maniam Manickam meninggal dunia pada pukul 11.35 pagi ketika menerima rawatan susulan di sebuah klinik swasta di Sri Petaling pada Rabu. - Twitter/Arnaz M. Khairul
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Maniam Manickam meninggal dunia
Tokoh pembangunan sukan berbasikal Perlis, Maniam Manickam, 65, meninggal dunia akibat sakit tua di sebuah klinik swasta di Sri Petaling pada Rabu.