awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mantapkan jentera tengah Harimau Malaya

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2023
23:45 MYT
Mantapkan jentera tengah Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya menjalani Sesi Kem Latihan sebagai persediaan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Wisma FAM Kelana Jaya. - Foto Bernama
JENTERA tengah Harimau Malaya perlu diperkemaskan oleh pengendali Kim Pan-gon menjelang aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa ini.
Jurulatih berpengalaman, Mohd Fauzi Pilus mengesan kelemahan di bahagian 'jantung' skuad negara yang kurang menyerlah di sebalik momentum luar biasa yang ditunjukkan di bahagian serangan dan pertahanan.
Menurutnya, kelompongan di bahagian tengah menyaksikan Arif Aiman Hanapi perlu bekerja keras untuk membuat gerakan dan turut mencipta semua bantuan gol ketika aksi menentang Kyrgyzstan.
"Saya nampak bahagian tengah perlu diperkuatkan. Bukan tak bagus, mungkin ada kelompongan kat situ yang perlu dibaiki.
"'Recovery' pemain tengah untuk bantu pertahanan apabila diserang itu agak lambat sedikit selain hantaran-hantaran ke bahagian depan yang agak minimum.
"Kita tengok apabila Pan-gon membuat perubahan memasukkan Endrik Dos Santos, Paulo Josue dan Akhyar Rashid nampak ada impak. Kita sudah ada momentum yang baik dan bahagian tengah ini kalau dapat diperbaiki kita akan lebih kuat," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Dalam aksi pertama Kumpulan D pada Khamis lalu, skuad negara berjaya membenam pasukan di ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan 4-3 sekali gus memulakan kempen Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan langkah kanan.
Harimau Malaya dijadualkan bertemu pasukan di ranking ke-152, Taiwan dalam aksi kedua Selasa ini.
Beliau berkata, pasukan negara sememangnya perlu dipuji melihatkan kepada sikap positif tidak menyerah kalah walaupun ketinggalan pada satu ketika.
"Perkara ini (sikap positif) dapat dilihat dalam setiap pemain terutama Faisal Halim dan Arif Aiman dengan percaturan yang dibuat Kim agak menarik.
"Pengaruh Dion Cools di atas padang juga mempengaruhi keseluruhan skuad yang ada dan memperlihatkan kematangan pemain dalam pasukan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan skuad negara tidak terlalu yakin walaupun bakal berdepan Taiwan yang berada di ranking yang kurang baik berbanding Harimau Malaya.
"Taiwan sememangnya tidak sebagus Kyrgyzstan, tetapi jangan terlalu yakin. Teruskan semangat dan mentaliti positif untuk mendapat tiga mata seterusnya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#kelayakan Piala Dunia
#Kim Pan-gon
#Akhyar Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan