KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan memberikan ganjaran dalam bentuk bonus kewangan kepada pasukan Terengganu FC (TFC) yang mara ke pentas akhir Piala FA buat kali pertama sejak 2011.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang enggan mendedahkan jumlah ganjaran tersebut berkata ia merupakan satu penghargaan daripada kerajaan negeri buat para pemain yang telah mempamerkan aksi cemerlang dan berjuang sehingga detik akhir perlawanan bagi menamatkan kemarau 11 tahun untuk beraksi dalam final Piala FA.
"Sebenarnya dalam motivasi saya kepada pemain-pemain sebelum perlawanan, saya ada maklumkan kepada mereka bahawa ganjaran akan diberikan sekiranya dapat masuk ke (peringkat) akhir.
"Ternyata mereka berjaya menempah tiket ke peringkat akhir dan ini merupakan satu sejarah juga untuk kita di Terengganu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata akan ada ganjaran lain menanti skuad Penyu sekiranya mereka berjaya menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya membawa pulang Piala FA.
TFC di bawah kendalian Nafuzi Zain berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan penalti pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.
Kali terakhir pasukan itu layak ke pentas akhir ialah pada 2011 di bawah bimbingan ketua jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk mengutamakan projek-projek yang memberi impak sosial dan ekonomi yang lebih kepada rakyat, susulan langkah penjimatan perbelanjaan diambil kerajaan Persekutuan.
"Saya tidak ingin gunakan istilah ditangguhkan tetapi kita utamakan mana-mana yang memberi impak sosial, ekonomi yang lebih kepada rakyat. Itu kita dahulukan. Senarainya panjang projek-projek yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri. Kita utamakan yang penting terlebih dahulu. Yang lain kita kemudiankan," katanya ketika ditanya sekiranya terdapat projek-projek yang terpaksa ditangguhkan.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata semua projek pembangunan yang belum dimulakan, akan ditangguh atau dibatalkan terus sebagai menyahut langkah penjimatan dalaman yang diarahkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk 'Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Ahmad Samsuri (tengah) menyaksikan Pasukan Simpanan TLDM membawa Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, 7 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Kerajaan Terengganu sentiasa jalin hubungan baik dengan Persekutuan - MB
Kerajaan Terengganu sentiasa menjalin hubungan dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan serta menerima reaksi positif daripada kementerian termasuk pelbagai dana menerusi program berkaitan.
Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.
ECERDC realisasi pelaburan RM2.4 bilion di Terengganu
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.
Pembinaan LPT3 akan guna model pembiayaan BOT - Ahmad Maslan
Cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan sejauh 122 kilometer akan menggunakan model pembiayaan Bina, Kendal
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai - Ahmad Samsuri
Tanpa mendedahkan butiran kerugian berkenaan, beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan.
Kurang bergantung royalti minyak, Terengganu atur strategi
Kerajaan Terengganu akan melaksanakan Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu yang bakal dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
Terengganu rancang tambah pendapatan, terokai inisiatif hijau - MB
Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan membongkar kegagalan Kerajaan terdahulu atau berterusan menyalahkan pihak lain.
Kerajaan Terengganu umum insentif RM15,000 kepada Qabil Irfan
Insentif itu juga sebagai galakan kepada pelumba cilik lain untuk mengikuti jejak langkah dan kecemerlangan Qabil Irfan.
PRK Kemaman: Anwar ucap tahniah, harap kemenangan Samsuri redakan suhu politik
Anwar berkata, kemenangan Ahmad Samsuri sekurang-kurangnya dapat meredakan suhu politik negara.