awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marcus Rashford antara terbaik di Eropah - Ten Hag

Astro Arena
Astro Arena
13/02/2023
00:15 MYT
Marcus Rashford antara terbaik di Eropah - Ten Hag
Erik ten Hag mengucapkan tahniah kepada Marcus Rashford ketika perlawanan EPL antara Leeds United dan Manchester United di Elland Road, Leeds, England, 12 Feb, 2023. (Foto AP)
ERIK ten Hag melabel Marcus Rashford sebagai salah seorang penyerang terbaik di Eropah selepas dia meledak jaringan ke-21nya musim ini dalam kemenangan 2-0 Manchester United di Leeds United, tengah malam tadi.
Rashford menanduk masuk gol pembukaan The Red Devils menuju 10 minit wisel penamat dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road itu dan Alejandro Garnacho memuktamadkan kemenangan mereka menerusi gol kedua perlawanan.
Pemain antarabangsa England itu telah melakar 13 gol dalam 15 perlawanan sejak kempen Piala Dunia di Qatar dan ini adalah jaringan ke-12 liganya musim ini.
"Dia berkemahiran tinggi dan memiliki potensi yang begitu tinggi malah mungkin lebih banyak lagi," kata pengurus dari Belanda itu selepas perlawanan.
"Apabila dia beraksi dengan baik maka dia akan menjaringkan lebih banyak gol memandangkan dia boleh membuat penyudah dengan kaki kiri, kanan dan kepalanya.
"Ia mengenai kedudukan yang tepat tetapi juga pasukan perlu mempunyai keupayaan untuk menghantar bola kepadanya seperti yang mereka lakukan hari ini. Saya fikir itulah yang saya mahu gambarkan.
Academy graduates proving decisive on the fiercest stage. United, that. #MUFC || #LEEMUN pic.twitter.com/L6hQhrYRZD
— Manchester United (@ManUtd) February 12, 2023
“Jika anda mempunyai formasi yang lebih baik dan ketenangan menguasai bola, maka anda mampu mengubah corak permainan mahupun membuat hantaran tambahan seperti yang kami lakukan ketika menghasilkan gol itu.
"Dan akhirnya, hantaran silang yang hebat daripada Shawy (Luke Shaw) sementara Marcus pula tiba pada masa yang tepat di sana.
"Dan sekali lagi ia adalah satu gerakan yang baik oleh Wout Weghorst di tiang gol berdekatan."
Topic Berkaitan
#Erik ten Hag
#Marcus Rashford
#Manchester United
#Leeds United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan