Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez mencatat masa kurang dua minit dalam ujian kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang di sini hari ini.
Penunggang dari Sepanyol berusia 21 tahun ini mencatat masa satu minit, 59.791 saat untuk meraih petak pertama, mengatasi rakan sepasukan dan senegaranya Dani Pedrosa, yang ketinggalan 0.182 saat.
Penguasaan petak hadapan oleh penunggang Sepanyol dilengkapi Jorge Lorenzo dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP, yang mencatat masa 2:00.203.
Dengan masa terpantas yang dicatat hari ini, Marquez muncul sebagai penunggang pertama menghabiskan pusingan dalam masa kurang dua minit dan mencatat rekod baharu kelas premier dengan meraih 13 petak pertama pada musim ini.
Penunggang ini mengatasi rekod 12 petak kelas premier sebelum ini yang diraih penunggang Australia Casey Stoner dan Mick Doohan.
"Saya juga gembira kerana berjaya mengatsi rekod sebelum ini. Mungkin petak pertama tidak begitu penting kerana ia tidak memberi anda sebarang mata, tetapi anda mendapatnya kerana muncul sebagai penunggang paling pantas dalam sesuatu pusingan.
"Memanglah, ia tidak bererti anda akan menjadi penunggang paling laju dalam perlumbaan nanti, oleh itu, perkara paling penting ialah apa yang berlaku esok," katanya.
Marquez berkata juga dia amat berpuas hati dengan jenteranya setelah mengalami nahas dalam sesi latihan ketiga pagi ini.
Bernama
Sat Oct 25 2014
Penunggang dari Sepanyol berusia 21 tahun ini mencatat masa satu minit, 59.791 saat. - Foto Bernama
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Marquez cipta rekod terpantas, raih petak pertama
Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez mencatat masa kurang dua minit dalam ujian kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang.
Marc Marquez terus dominasi Sepang
Marc Marquez catat masa terpantas sekaligus memadamkan rekod lama milik penunggang Australia, Casey Stoner yang dibuat pada 2012.