PETALING JAYA: Perlawanan pemanas badan menentang Kemboja, malam ini, akan menyediakan peluang terbaik untuk pelatih skuad Harimau Malaya untuk membuktikan persefahaman strategi dan rentak permainan yang diaturkan oleh barisan kejurulatihan.
Penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok, berkata selain mengumpul masa permainan dan mempamerkan aksi masing-masing, perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah platform terbaik untuk memperagakan keupayaan menyempurnakan kaedah taktikal yang dirancang oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon.
"Perlawanan pada Jumaat adalah mengenai prestasi dan memastikan kami semua memahami cara jurulatih mahu kami bermain. Adalah penting untuk kami mengikuti arahan model permainan daripada jurulatih, sudah tentu kami sentiasa mahukan keputusan yang positif, tetapi prestasi kami lebih penting dalam perlawanan ini.
"Kami akan melakukan yang terbaik, berjuang untuk negara dan diharapkan memberikan persembahan yang baik. Dalam setiap perlawanan Malaysia, kami mahu disenaraikan dan membanggakan negara," katanya dalam sidang media praperlawanan, di sini, pada Khamis
Pemain berusia 31 tahun itu, yang bakal menyertai Sabah musim depan dari Petaling Jaya (PJ) City FC, mengakui beberapa muka baharu dan pemain muda memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya Pan Gon, berbanding pemain yang pernah menjalani latihan pusat sebelum ini.
Darren, adalah antara pemain kumpulan pertama menyertai kem latihan pusat pada 29 Nov, manakala tujuh pemain Selangor dan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) melapor diri ke kem itu tiga hari lalu, selepas selesai tugasan kelab mereka di final Piala Malaysia pada 26 Nov lalu.
Sementara itu, kapten Kemboja, Choun Chanchav percaya 'Wira-Wira Angkor" mampu mencabar Malaysia yang berada di ranking ke-146 dunia.
"Jumaat akan menjadi perlawanan besar untuk kami. Kami tahu Malaysia adalah pasukan yang baik secara tradisinya, tetapi tidak terlalu banyak perbezaan antara kami.
"Kami boleh memberikan cabaran yang baik. Ini juga peluang yang baik untuk pemain kami membuat persediaan sebelum kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF)," kata pemain berusia 23 tahun itu.
Selepas bertemu Kemboja, Malaysia akan berhadapan dengan Maldives (ranking ke-154) di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur pada Rabu ini sebelum Pan Gon memuktamadkan senarai 23 pemain yang akan beraksi dalam Piala AFF bermula 20 Dis ini hingga 16 Jan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Pemain Harimau Malaya Darren Yee Deng Lok ketika sidang media pada kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM. - Foto BERNAMA

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Banjir | Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun. Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata kesemua 59 mangsa banjir di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang Sabtu.

COVID-19 | 202 kes baharu, satu kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada di bawah 500 kes untuk 28 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Jumaat kembali turun dengan 202 kes dilaporkan, berbanding 340 kes yang dicatatkan hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, enam adalah kes import.

Kemalangan | Suami isteri maut, anak cedera kereta terbabas di LPT 2
Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak cedera selepas kenderaan pelbagai guna , MPV, yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik. Nahas berlaku di kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2, LPT 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 4.00 petang Sabtu.

Durian Menu Rahmah, hanya RM4.99 sebekas
Jualan yang dilakukan sebanyak 50 bekas berjaya dijual dalam masa 10 minit sahaja.

Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.

Arab Saudi tuan rumah Piala Asia 2027
Ia sekali gus menandakan kejohanan itu diadakan buat kali pertama di Arab Saudi.

Judi Piala Dunia: Tiga lelaki didenda RM7,300
Tiga lelaki termasuk seorang nelayan didenda RM7,300 di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, kerana menjalankan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2022.

Siri jelajah pramusim 2023 di Turkiye sebagai persediaan mantapkan KDA FC
KDA FC merancang untuk menawarkan penstriminan secara langsung (berbayar) setiap perlawanan kepada semua penyokong pasukan.

Hamidin jumpa Presiden JFA bincang kerjasama Malaysia-Jordan
Presiden FAM melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden JFA bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama.

Aksi Liga Piala MB Kelantan dicemari insiden pergaduhan
Insiden berlaku jam 5 petang itu dipercayai melibatkan pasukan Gual Periok dan Kok Lanas.

Manchester United belum capai mentaliti juara - Ten Hag
Dia menyampaikan amanat itu kepada pemainnya dan berpesan mereka belum bersedia untuk memenangi kejuaraan utama.

Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'
Apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur.

EPL: Gol lewat Crystal Palace tamatkan rentetan kemenangan Manchester United
United pada awalnya kelihatan akan memintas Manchester City di kedudukan kedua liga selepas Fernandes membuka jaringan.

Piala HMS Malaya dipamer di Muzium Negara
Pameran 100 tahun Trofi H.M.S Malaya di Muzium Negara sedang berlangsung sehingga 31 Jan ini.