awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Sabah rampas dadah lebih RM1 juta disembunyi dalam 'sasaban'
Penjawat awam di KL, Putrajaya, dan Labuan dapat cuti gantian pada 2 Feb - JPA
Raja Perlis titah kerajaan negeri kukuh hubungan dengan Persekutuan, terima hakikat perlu bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah konsistensi terus hantui Wan Arif-Roy King

Sinar Harian
Sinar Harian
26/09/2025
00:40 MYT
Masalah konsistensi terus hantui Wan Arif-Roy King
Wan Arif-Roy King (gambar) perlu memberi lebih perhatian terhadap disiplin permainan serta tahap stamina sekiranya mahu tampil lebih konsisten dan berdaya saing di pentas antarabangsa. - Foto Agensi
JURULATIH beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui anak buahnya, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King masih berdepan masalah konsistensi sejak berakhirnya Kejuaraan Dunia baru-baru ini.
Masalah itu kembali terserlah apabila pasangan nombor 20 dunia itu tersingkir di pusingan pertama Terbuka Korea Super 500 selepas tewas 18-21, 16-21 kepada gandingan tuan rumah, Jin Yong–Na Sung Seung dalam aksi 45 minit di Gimnasium Suwon.
“Kemunculan mereka selepas Kejuaraan Dunia ada sedikit penurunan. Prestasi masih belum stabil, ada turun naik dan mereka belum benar-benar konsisten,” kata Herry kepada Sukan Sinar.
Herry juga menegaskan sekiranya Wan Arif-Roy King mahu terus bersaing di pentas antarabangsa, aspek disiplin permainan dan tahap stamina perlu diberi perhatian oleh gandingan tersebut.
Awal Ogos lalu, Wan Arif-Roy King menamatkan penantian panjang bergelar juara apabila meraih gelaran Terbuka Macau.
Mereka menewaskan pasangan pilihan utama dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam perlawanan akhir untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia BWF pertama mereka. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Terbuka Korea Super 500
#Herry Iman Pierngadi
#Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan