SEOUL: Korea Selatan mengesahkan kes baharu Demam Babi Afrika (ASF) di sebuah ladang babi di daerah selatan Euiryeong pada Isnin, sekali gus mencatatkan kes jangkitan ke-20 di negara itu bagi musim ini, lapor Agensi Berita Yonhap.
Sebagai sebahagian daripada usaha menyekat jangkitan tambahan, Ibu Pejabat Tindakan Balas Keselamatan dan Bencana Pusat merancang untuk menjalankan siasatan epidemiologi dan menyekat akses ke lokasi terbabit di daerah yang terletak dalam Wilayah Gyeongsang Selatan itu. Kesemua babi di ladang yang terjejas akan ditakai.
Advertisement
Negara itu mengesahkan kes ASF pertama bagi tahun ini di bandar timur Gangneung awal bulan ini selepas tempoh reda selama dua bulan.
ASF tidak menjangkiti manusia tetapi membawa maut kepada babi, dan setakat ini tiada vaksin atau ubat untuk merawat penyakit berkenaan.
-- BERNAMA-YONHAP