Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Februari 2026.

 

Advertisement

1) Ashwad Ismail umum pengunduran sebagai Ketua Pengarang Astro AWANI

Selepas lebih 19 tahun menempuh sebuah perjalanan, dari awal penubuhan sehingga ke kedudukan hari ini sebagai jenama berita paling dipercayai di Malaysia, Ashwad Ismail mengumumkan pengunduran sebagai Ketua Pengarang Astro AWANI.

 

2) Gempa bumi 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu, tiada ancaman tsunami - Met Malaysia

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 pagi, Isnin.

 

3) Malaysia bebas penyakit Nipah, situasi sentiasa dipantau - DVS

Malaysia bebas daripada penyakit Nipah dan situasi itu sentiasa dipantau dan dipelihara melalui langkah pencegahan serta kesiapsiagaan berterusan, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

 

4) Suami Heliza Helmi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen

Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen sah.

 

5) Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar didakwa bersubahat urus sekuriti tanpa lesen

Tokoh kewangan Islam Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen.

 

6) Speaker Dewan Rakyat tolak bahas isu pegangan saham Azam Baki

Beliau memaklumkan telah menerima usul itu pada 12 Februari, namun satu jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

 

7) PM Anwar gesa kembalikan 'kewarasan' dalam politik antarabangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar politik antarabangsa dipraktikkan dengan lebih berhemah dan matang, di samping menekankan keperluan mendesak untuk memulihkan "kewarasan" dalam kalangan pemimpin dunia.

 

8) TikTok menamakan tempoh perayaan 60 hari di Malaysia sebagai 'super season'
            
TikTok, platform media sosial terkemuka, mengambil kesempatan daripada peristiwa yang jarang berlaku iaitu tiga sambutan berturut-turut dalam tempoh 60 hari diraikan rakyat Malaysia, bermula Tahun Baharu Cina diikuti Ramadan dan Aidilfitri, dengan secara rasmi menamakannya sebagai “Super Season”.

 

9) 34 tahun pemergian Sudirman, kenangan kekal terpahat dalam ingatan penduduk Temerloh
            
Bermain bola sepak bersama penyanyi tersohor negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad antara kenangan paling bermakna yang masih terpahat dalam ingatan seorang penduduk Kampung Batu Satu di sini.

 

10) Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum
            
Ketika kanak-kanak seusianya leka bermain, mendiang Truper K. Indiran sejak kecil sudah menanam azam untuk menyarung uniform Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti bapanya. Namun, takdir menentukan sebaliknya apabila insan yang menjadi sumber inspirasinya itu pergi terlebih dahulu.

Must Watch Video