awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara

Astro Arena
Astro Arena
21/02/2023
23:45 MYT
Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara
MATYO: Saya doakan Safee Sali dapat meneruskan kerjaya, atau apa yang diimpikannya, selepas ini. - Gambar fail
BEKAS penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, mengakui berasa terkejut dengan pengumuman persaraan bekas rakan sepasukannya, Safee Sali, semalam.
Pemain yang mesra disapa Matyo itu, bagaimanapun, menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.
"Saya agak terkejut dengan persaraan Safee Sali kerana saya juga baru mengetahuinya," katanya kepada Astro Arena.
"Tetapi saya hormati keputusannya, mungkin dia mempunyai sasarannya selepas ini.
"Saya doakan Safee Sali dapat meneruskan kerjaya atau apa yang diimpikannya selepas ini," katanya.
Ditanya mengenai momen terbaiknya bersama Safee, Mat Yo berkata:
"Piala AFF 2010.
"Saya rasa semua penyokong tahu mengenai momen itu. Setiap kali penyokong berjumpa saya atau Safee, mereka pasti akan ingat momen itu."
Sebagai rekod, Matyo dan Safee merupakan gandingan penyerang ketika Malaysia menjuarai Piala AFF 2010, di mana Safee turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan lima gol.
Topic Berkaitan
#safee sali
#Norshahrul Idlan Talaha
#Safee Sali bersara
#Piala AFF 2010
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan