JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia belum terfikir mahu kembali mendapatkan khidmat seorang jurulatih.
Sebaliknya, Zii Jia tetap dengan pendiriannya untuk bergerak solo selepas 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu.
"Macam apa yang saya telah katakan sebelum ini, ini (tiada jurulatih) adalah jalan yang saya pilih... jadi saya perlu terima dan tanggung (akibatnya).
"Mati pun matilah... saya tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat sebelum ini," kata Zii Jia kepada pemberita di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.
Terdahulu, Zii Jia terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal pada Terbuka Malaysia 2023 selepas tewas 21-13, 17-21, 19-21 kepada pemain muda dari Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi pusingan pertama.
Kekalahan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton tempatan terhadap prestasi Zii Jia yang kini bergelar pemain nombor dunia.
Ketika diminta mengulas kekalahan kepada Naraoka, Zii Jia berkata, dia harus segera melupakan kegagalan terbaharunya itu dan bangkit pada kejohanan akan datang.
"Saya perlu bekerja keras dan lupakan kekalahan tadi. Masih banyak lagi kejohanan lain selepas ini dan saya akan cuba meraih keputusan lebih baik," ujarnya.
Terbuka India 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 22 Januari ini bakal menjadi medan terbaik buat Zii Jia bangkit menebus kekecewaannya itu.
Dalam aksi pusingan pertama Terbuka India 2023, Zii Jia dijadualkan menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito - lawan yang menyingkirkannya di pusingan kedua Terbuka Malaysia tahun lalu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Zii Jia tetap dengan pendiriannya untuk bergerak solo selepas 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu. - BERNAMA

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Pemain ranking dunia ke-28 itu tewas kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.

All England: Zii Jia tempah tiket ke separuh akhir
Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 selepas menundukkan pemain Jepun, Kodai Naraoka sebentar tadi.

Zii Jia tempah slot suku akhir All England
Zii Jia tidak mempunyai masalah menundukkan pemain Jepun 21-15, 21-10 pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita Birmingham.

Badminton: Zii Jia lepasi halangan pertama di All England
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya melepasi halangan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton All England 2023.

Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air.

'Saya sudah selesai' - Zii Jia
Hantaran di InstaStory itu menimbulkan pelbagai persoalan namun ramai peminat badminton negara percaya ia berkaitan prestasinya yang terus merudum tahun ini.