Mbappe akui Ronaldo tetap nombor satu di Real Madrid

Mbappe menyatakan Ronaldo sebagai contoh terbaik dan rujukan utama bagi pemain Real Madrid. - Stadium Astro
PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe, berkongsikan bahawa figura Cristiano Ronaldo masih merupakan pemain 'nombor satu' di Real Madrid meskipun telah meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu sejak 2018.
Ringkasan AI
- Kylian Mbappe menganggap Cristiano Ronaldo masih pemain nombor satu di Real Madrid walaupun telah meninggalkan kelab itu sejak 2018.
- Ronaldo memegang rekod penjaring terbanyak dengan 450 gol dan 120 bantuan jaringan daripada 438 penampilan serta meraih 16 trofi termasuk 4 gelaran UCL sepanjang 9 musim.
- Mbappe menyatakan Ronaldo sebagai contoh terbaik dan rujukan utama bagi pemain Real Madrid, dengan pengaruh besar dalam kalangan penyokong.
"Cristiano sentiasa menjadi contoh terbaik buat saya. Saya bernasib baik dapat bercakap dengannya, dia memberikan saya nasihat dan membantu saya.
"Saya berasakan di Madrid dia masih nombor satu. Dia adalah rujukan buat semua pemain Real Madrid, yang banyak berjasa. Ramai penyokong masih bermimpi dan bercakap mengenai Ronaldo," katanya. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami