JASIN: Hujan pada aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2024 tidak menjadi halangan kepada Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Akid Aziz mendominasi perlumbaan untuk mengungguli kategori CP150 di Jasin Bestari di sini, hari ini.
Penyandang juara keseluruhan musim lepas itu mencatat masa 17 minit 17.228 saat (s) selepas menamatkan 20 pusingan meninggalkan pesaing terdekatnya Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing di tempat kedua 17:20.733 s dan rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran di tempat ketiga 17:21.083 s.
Pelumba berusia 26 tahun itu berkata keadaan jenteranya yang baik mengizinkan beliau mendahului dari awal hingga akhir perlumbaan sekali gus mencipta kemenangan yang disifatkannya permulaan baik untuk mengharungi baki sembilan lagi pusingan.
"Saya gembira dengan catatan masa hari ini tetapi ia agak mencabar selain perlu berhati-hati terutamanya di selekoh kerana keadaan litar yang basah.
Sudah tentu untuk kekalkan gelaran juara agak sukar kerana perlumbaan seterusnya sudah pasti pasukan-pasukan lain akan lebih bersedia memberi saingan sengit," katanya kepada pemberita selepas tamat saingan di sini hari ini.
Terdahulu hadiah kepada pemenang disampaikan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri V.P. Shanmugam.
Md Akid yang berasal dari Kuala Lumpur itu berkata selain Azroy Hakeem dan Afif, pencabar utama lain musim ini dijangka daripada pelumba Yamaha JHR Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor Kasma Daniel Kasmayudin.
"Apa pun, yang lebih penting saya perlu mengekalkan momentum untuk mempertahankan gelaran CP150 tahun ini," katanya.
Sementara itu Azroy Hakeem yang menduduki tempat kedua turut berpuas hati dengan keputusan pada perlumbaan itu kerana telah mencuba menyaingi Md Akid.
Beliau berkata keadaan litar yang basah sedikit sebanyak merencatkan usahanya memberi saingan kepada pelumba berkenaan yang mendahului sejak dari awal perlumbaan.
Bagaimanapun, Azroy Hakeem yang menduduki tempat ketiga keseluruhan tahun lalu berazam memperbaiki kedudukan serta menyasarkan juara keseluruhan musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Md Akid mencatat masa 17 minit 17.228 saat (s) selepas menamatkan 20 pusingan meninggalkan pesaing terdekatnya Azroy Hakeem Anuar. - Foto BERNAMA
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Md Akid ungguli pusingan pertama Cub Prix 2024
Penyandang juara keseluruhan musim lepas itu mencatat masa 17 minit 17.228 saat (s) selepas menamatkan 20 pusingan meninggalkan pesaing terdekatnya Azroy Hakeem Anuar.
Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Pelumba Izzat Zaidi kritikal selepas kemalangan di Cub Prix Malaysia
Pelumba Izzat Zaidi Md Salehan kritikal selepas terlibat kemalangan ketika sesi 'Super-Pole' pada perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Sharol Yuzy mahu anak buah manfaat peluang beraksi di kejuaraan Cub Prix Malaysia
Bekas pelumba Moto GP negara itu menjelaskan hanya dua kategori menjadi fokus pasukannya CP 150 serta pelapis bakat muda Castrol Power One Racing Team yang akan beraksi dalam kelas wira.
COVID-19: Pusingan keenam Cub Prix ditangguh
Pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Sepang (Utara) hujung minggu ini telah ditangguhkan.
Pelumba Cub Prix meninggal dunia
Allahyarham merupakan pelumba dari pasukan Maju Mega Bike (MMB) disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang Ahad.
'Rider muslimah' dapat pujian melambung netizen
Siti Fatimah Husna selesa menjadi pelumba Cub Prix biarpun berkelulusan kejuruteraan.