SUKAN
Media Sepanyol lapor pemain tengah LaLiga bernilai 30 juta euro dikaitkan dengan Harimau Malaya

Jauregizar yang baru melanjutkan kontrak bersama Bilbao hingga 2031, memiliki nilai pasaran 30 juta euro. - Foto Stadium Astro
MEDIA Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili Malaysia.
Ringkasan AI
- Mikel Jauregizar berpotensi mewakili Malaysia: Media Sepanyol melaporkan pemain muda Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan mungkin menyertai skuad Harimau Malaya.
- Penyertaan pemain warisan dari Sepanyol: Jon Irazabal dan Gabriel Palmero telah berjaya menyertai skuad kebangsaan Malaysia, menambah spekulasi mengenai kemungkinan Jauregizar mengikut jejak langkah mereka.
- Nilai pasaran tinggi dan masa depan bola sepak Malaysia: Jauregizar, yang baru melanjutkan kontrak bersama Bilbao hingga 2031, memiliki nilai pasaran 30 juta euro dan boleh menjadi tambahan signifikan dalam Revolusi Harimau Malaya.
Beberapa hari lalu, pemain kelahiran Bermeo itu melanjutkan kontrak bersama Bilbao sehingga 2031.
Estadio Deportivo melaporkan Jauregizar berkemungkinan akan menyertai skuad kebangsaan Malaysia selepas Harimau Malaya berhasil memiliki dua pemain warisan dari Sepanyol, iaitu Jon Irazabal dan Gabriel Palmero.
"Kejutan itu datang daripada wartawan Thailand, Offeris Wichitcote, yang mendakwa pemain tengah Basque itu boleh bermain untuk Malaysia kerana berketurunan Malaysia," kata laporan berkenaan.
"Pemain itu masih belum mengulas mengenai perkara berkenaan tetapi perkhabaran itu diperkuatkan dengan ketibaan seorang lagi pemain dari Basque ke pasukan Asia itu.
"Jon Irazábal, bek tengah berusia 28 tahun yang dilahirkan di Bilbao, hadir melalui sistem remaja Eibar dan bermain untuk Mirandés dan Leioa sebelum dinaikkan ke Divisyen Kedua bersama Amorebieta dan menikmati musim hebat bersama pasukan Biscayan.
"Pemain pertahanan itu mengemas begnya pada 2022 dan menuju ke Azerbaijan untuk bermain tiga musim terakhir bersama Sabah FC. Di sana, dia memainkan peranan penting musim lalu dalam memenangi Piala Azerbaijan dan mencapai kelayakan bersejarah untuk Liga Europa.
"Ini membawa kepada pemilihannya minggu lalu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan menentang Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2027, yang berakhir dengan kemenangan 4-0, di mana dia memulakan penampilan sulungnya.
"Dalam perlawanan itu, selain penampilan sulung Irazábal, seorang lagi pemain Sepanyol turut mengambil bahagian.
"Gabriel Palmero, bek kiri berusia 23 tahun dari pasukan simpanan Tenerife, juga menerima panggilan pada Mei lalu dari sebuah negara yang sedang menjelajah dunia bola sepak untuk mencari pemain terpilih yang boleh meningkatkan pasukan mereka.
"Musim panas lalu, mereka membawa masuk Doktor Xavier Valle dan ahli fisioterapi, Edu Martínez, kedua-duanya mempunyai sejarah di FC Barcelona.
"Mereka juga mendatangkan pemain Argentina, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca dan Facundo Garcés, selain João Figueiredo dari Brazil."
"Jika Jauregizar menyertai mereka, ia satu keputusan yang terlalu berani."
Meninjau ke laman Transfermarkt, Jauregizar kini memiliki nilai pasaran yang amat tinggi, iaitu 30 juta euro (RM146.68 juta).
Adakah pemain itu akan menjadi antara wajah baru yang akan dibawa masuk menjelang fasa kedua Revolusi Harimau Malaya? Sama-sama kita nantikan... -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami