awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka mampu jadi pusat lahirkan jurulatih judo bertaraf dunia

Bernama
Bernama
08/05/2022
07:33 MYT
Melaka mampu jadi pusat lahirkan jurulatih judo bertaraf dunia
Melaka berpotensi menjadi pusat melahirkan jurulatih seni bela diri bertaraf antarabangsa terutama dalam sukan judo. - Gambar hiasan/Unsplash
MELAKA: Melaka berpotensi menjadi pusat melahirkan jurulatih seni bela diri bertaraf antarabangsa terutama dalam sukan judo, kata Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri V. P Shanmugam.
Beliau berkata ia bukan sesuatu yang sukar direalisasikan memandangkan beberapa pakar sukan bela diri itu kini sudah 'bertapak' di Melaka.
"Kita bukan saja mahu bangunkan atlet tetapi juga jurulatih kerana kedua-duanya ini memerlukan antara satu sama lain. Dengan kehadiran jurulatih judo bertaraf dunia seperti Lee Khim Seng, kita yakin akan lebih ramai jurulatih berminat untuk datang ke sini dan melatih atlet-atlet yang berpotensi besar yang ada di Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Latihan Persatuan Judo Negeri Melaka di sini hari ini.
Dalam sesi lawatan itu, Shanmugan bersama wakil daripada Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) turut menyampaikan sagu hati serta kelengkapan sukan tersebut kepada atlet judo negara Ong Kun Xiong dan Tan Woon Kiat yang mewakili Malaysia di Sukan SEA ke-31 di Vietnam.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, kerajaan negeri akan membantu menyediakan fasiliti dan kemudahan latihan yang lebih kondusif bagi memastikan perancangan melahirkan lebih ramai jurulatih bertaraf dunia itu berhasil.
"Kita akui masih ada kekurangan tetapi persiapan fasiliti itu sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dalam usaha menyediakan tempat yang sempurna buat mereka dalam bidang sukan ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata perkembangan ini juga akan merancakkan lagi pelancongan sukan di Melaka.
"Ia akan menarik bukan sahaja atlet dan jurulatih sukan bela diri tetapi turut menjadi platform kepada menghasilkan lebih ramai pelapis bertaraf dunia dalam pelbagai sukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seni bela diri
#sukan judo
#Melaka
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan