awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka United berpesta gol, Kuching City FC tundukkan UiTM

Bernama
Bernama
31/03/2022
21:00 MYT
Melaka United berpesta gol, Kuching City FC tundukkan UiTM
Adriano Aparecido Narcizo (tengah) diasak pemain PIB FC pada saingan Piala FA Malaysia 2022 di Stadium Hang Jebat. -Bernama
KUALA LUMPUR: Melaka United berpesta gol membelasah pasukan PIB FC, 4-0 dalam saingan tertunda pusingan pertama Piala FA di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam ini.
Norshahrul Idlan Talaha muncul wira dalam perlawanan itu apabila menjaringkan dua gol bagi memberikan keselesaan Melaka United mara ke pusingan kedua.
Pesta gol Melaka United bermula pada minit ke-12 hasil jaringan Emmanuel Oti Essigba meletakkan mereka di depan.
Tersentak dengan jaringan itu, kesilapan demi kesilapan dilakukan PIB FC sehingga menghadiahkan sepakan penalti kepada Melaka United yang kemudiannya diselesaikan Adriano Narcizo pada minit ke-56.
Bersambung babak kedua, Melaka United terus melaksanakan serangan bertali arus sehingga berhasil menjaringkan gol pada minit ke-60 menerusi Norshahrul sebelum dia kemudian mencetak gol kedua buat dirinya dalam perlawanan tersebut pada minit ke-76.
PIB FC ternyata tidak mampu mengejar selepas kedudukan 4-0 kekal berpihak kepada Melaka United sehingga wisel ditiupkan.
Di IPOH, Perak FC turut sama melakar kejayaan melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Kijang Rangers 1-0 dalam aksi di Stadium Perak.
Kedua-dua pasukan ternyata saling tidak mahu mengalah terikat tanpa jaringan sehingga mengheret ke masa tambahan.
Perak kemudian berhasil memecah kebuntuan gol menerusi jaringan tunggal Muhammad Hakimi Mat Isa pada minit ke-101 sekali gus membawa pasukannya mara ke pusingan kedua.
Di KUCHING, Kuching City FC turut berhasil meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menundukkan UiTM FC 2-0 dalam aksi di Stadium Negeri.
Dua jaringan masing-masing disumbang Shafizi Iqmal Khirudin pada minit ke-56 dan Alif Hassan pada minit ke-62.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#melaka united
#Stadium Hang Jebat
#Norshahrul Idlan Talaha
#PIB FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan