SUKAN
Memphis Depay kini penjaring terbanyak sepanjang zaman Belanda

Reaksi Memphis Depay selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Dunia UEFA Kumpulan G antara Lithuania dan Belanda di Stadium Darius and Girenas, Kaunas, Lithuania, 7 Sept 2025. REUTERS
PEMAIN Belanda, Memphis Depay, kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat skuad kebangsaan Belanda dengan mengumpul 52 jaringan daripada 102 penampilan setakat ini.
Pemain Corinthians berusia 31 tahun itu sebelum ini menyamai rekod penjaring terbanyak milik Robin Van Persie dengan 50 gol, sebelum memadam rekod itu dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila meledak dengan dua gol ketika membantu The Orange menewaskan Lithuania 3-2, awal pagi tadi.
Aksi di Stadium Darius Girenas itu menyaksikan Depay membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 dalam babak pertama, lalu menambah koleksi jaringannya sekali gus gol kemenangan Belanda pada minit ke-63.
Dia mendahului sebagai senarai penjaring terbanyak diikuti Van Persie (50), Klaas-Jan Huntelaar (42), Patrick Kluivert (40), Dennis Bergkamp (37) dan Arjen Robben (37)Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami