SEREMBAN: Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) K. Devan memuji aksi cemerlang yang dipamerkan tiga pemain import baharu pasukan itu dalam membantu meraih tiga mata berharga menerusi perlawanan menentang Sri Pahang FC, malam tadi.
Beliau berkata ketiga-tiga pemain berkenaan Matheus Alves Leandro, Yaser Armando Pinto Islame dan Gustavo Almeida Dos Santos menunjukkan keserasian bersama rakan sepasukan walaupun baru sebulan menyertai Skuad Hobin Jang Hobin.
Gembira dengan kemenangan 3-0 ke atas Sri Pahang FC itu, Devan berkata ketiga-tiga mereka yang pernah beraksi di Liga Malaysia sebelum ini tidak mengambil masa lama untuk memahami corak permainan pasukan.
"Oleh itu pilihan saya (adalah) untuk memilih pemain (import) yang sudah mengenali Liga Super dan corak permainan Liga Malaysia, mungkin ada rakan sepasukan yang rapat dengan mereka dari pasukan yang pernah disertai bersama," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini malam tadi.
BACA: Negeri Sembilan hantar Sri Pahang ke zon penyingkiran
Pada aksi malam tadi, NSFC yang hanya tewas sekali setakat ini, mendahului permainan pada minit ke-35 menerusi Gustavo Almeida Dos Santos sebelum Yaser Armando Pinto Islame menggandakan kedudukan tiga minit selepas rehat.
Skuad tuan rumah terus menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-53 apabila giliran Matheus Alves Leandro pula mencetak nama sebagai penjaring dan kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus menyaksikan kemarau kemenangan Sri Pahang berterusan.
Kejayaan di laman sendiri menyaksikan Juara Liga Premier musim lepas itu meraih kemenangan kelima selepas 10 aksi untuk berada di kedudukan kedua liga, berkongsi 19 mata dengan pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang kurang tiga perlawanan.
Mengulas mengenai kedudukan pasukan di dalam liga, Devan berkata pihaknya tidak terlalu memikirkan perkara itu, namun mengharapkan skuad bimbingannya terus cemerlang dan mampu mencapai kedudukan yang lebih baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022

Pemain Negeri Sembilan Matheus Alves (dua, kanan) cuba melepasi pemain Sri Pahang Mohd Azwan Aripin pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman. - Foto BERNAMA

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

Menang ke atas Sri Pahang: K. Devan puji aksi cemerlang pemain import
Ketiga-tiga pemain import menunjukkan keserasian bersama rakan sepasukan walaupun baru sebulan menyertai Skuad Hobin Jang Hobin.

COVID-19: NSFC akur tidak dapat teruskan saingan Piala Malaysia
Jurulatih K. Devan berharap pemain serta pegawai yang dijangkiti wabak COVID-19 dapat segera pulih.

Prestasi cemerlang kalahkan Perak FC hasil disiplin tinggi pemain - Devan
Jaringan awal pada babak pertama oleh Nasrullah Hanif Johan menyuntik semangat skuad untuk tampil konsisten sehingga tamat perlawanan.

Popov ganti Devan kendali skuad bola sepak Kelantan
Pengumuman pelantikan itu dibuat presidennya Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media tergempar di sini pada Khamis.

K Devan tinggalkan Kelantan, KAFA bakal umum pengganti
K. Devan Devan merupakan jurulatih kelima dalam saingan Liga Super yang meninggalkan pasukan pada musim ini.

Kedudukan K. Devan sebagai pengendali Kelantan masih selamat - Annuar Musa
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA, Tan Sri Annuar Musa, masih terlalu awal untuk Kelantan menukar jurulatih.

Kelantan tumpu jentera serangan dan tengah - K. Devan
Ketua Jurulatih Kelantan itu berkata pemain pada kedua-dua posisi itu perlu mencari jalan untuk meningkatkan persefahaman mereka, selain memantapkan barisan pertahanan pasukan itu.

Kepulangan Indra akan cetuskan kebangkitan TRW - Devan
Pengendali Kelantan, K.Devan menyifatkan kepulangan bekas penyerang Felda United, Indra Putra Mahayuddin akan mencetuskan kebangkitan pasukannya bagi saingan Liga Malaysia 2016.

ATM, JDT II layak ke Piala Malaysia 2015
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan tiket untuk beraksi dalam Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan kalah mati, malam i

Devan kecewa NS gagal kutip mata penuh
Ketua jurulatih NS K. Devan berang dengan corak persembahan hambar skuad kendaliannya selepas terikat 1-1 dengan SPA Putrajaya FC.