awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
JBPM terima 3565 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 hingga 30 Januari
Kerajaan Negeri Sembilan tidak kompromi isu rasuah PBT - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menembak Terbuka Selangor: Ridhuan kuasai acara 25m rapid fire pistol

Astro Arena
Astro Arena
14/12/2017
15:21 MYT
Menembak Terbuka Selangor: Ridhuan kuasai acara 25m rapid fire pistol
Penembak ATM, Mohd Ridhuan Mohamed memenangi acara 25m rapid fire pistol dalam Kejohanan Menembak Terbuka Selangor di Lapang Sasar Subang, hari ini.
Penembak ATM, Mohd Ridhuan Mohamed, mengetepikan pesaing kuatnya, Hafiz Adzha, untuk memenangi acara 25m rapid fire pistol dalam Kejohanan Menembak Terbuka Selangor di Lapang Sasar Subang, hari ini.
Hafiz, yang mewakili PDRM, mengungguli saingan 25m standard pistol dan menjadi pilihan utama. Malah, bidikan tepat dalam pusingan awal menyaksikan dia selesa mendahului peserta lain.
Namun, Ridhuan yang juga bekas penembak kebangsaan, mempamer kebangkitan lewat untuk memberikan cabaran hebat kepada Hafiz.
Hasilnya, dalam pusingan ketujuh, dia berjaya mengatasi Hafiz menuju ke pusingan kelapan bagi penentuan kejuaraan.
Memerlukan lima mata penuh, Hafiz tidak dapat mengatasi kutipan 23 mata dicatat Ridhuan yang menamatkan saingan selaku juara.
Penembak Pahang, Muhammad Ridwan Awaluddin, meraih gangsa selepas memperoleh 16 mata.
"Hafiz memberi saingan yang hebat dan catatan saya dan dia tidak berapa jauh. Saya cuba kekalkan momentum sampai habis. Keputusannya, saya mendapat apa yang diharapkan," kata Ridhuan.
Topic Berkaitan
#ATM
#Hafiz Adzha
#Lapang Sasar Subang
#Mohd Ridhuan Mohamed
#PDRM
#Penembak
#Penembak ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan