awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi cemerlang, pacu Inter Miami tempah slot final MLS Eastern Conference

Bernama
Bernama
24/11/2025
05:17 MYT
Messi cemerlang, pacu Inter Miami tempah slot final MLS Eastern Conference
Aksi cemerlang Messi itu menjadikan rekodnya kini 11 gol dan 11 bantuan jaringan dalam tujuh perlawanan terakhir, sekali gus membawa francais milik David Beckham itu hanya selangkah lagi ke final MLS Cup. - Gambar/ Reuters
LONDON: Lionel Messi mengetuai Inter Miami mara ke final MLS Eastern Conference buat kali pertama selepas mencatat satu gol dan tiga bantuan jaringan dalam kemenangan 4-0 ke atas FC Cincinnati.
Messi membuka jaringan pada minit ke-19 apabila beliau menggerakkan bola ke kiri kepada rakan senegaranya, Mateo Silvetti, sebelum meluru masuk ke dalam kotak penalti untuk menanduk bola masuk pada sudut jauh gawang selepas menerima hantaran lintang.
Gandingan itu bertukar peranan pada minit ke-57 apabila Messi menghantar bola kepada Silvetti, yang kemudian melakukan penyudah sekali sentuh melepasi penjaga gol Cincinnati, Roman Celentano.
Messi turut menghasilkan bantuan jaringan kedua beberapa minit kemudian apabila Miami melakukan serangan balas. Messi berjaya merampas bola di kawasannya sendiri sebelum melorongkan bola kepada Tadeo Allende yang pantas menolak masuk ke gawang.
Kombinasi sama berulang pada minit ke-74 apabila Messi mendapat bola di kawasan bawah dan bijak melepaskan hantaran menggunakan bahagian luar butnya kepada Allende, yang menyudahkan peluang itu dengan menolak bola di celah kaki Celentano.
Aksi cemerlang Messi itu menjadikan rekodnya kini 11 gol dan 11 bantuan jaringan dalam tujuh perlawanan terakhir, sekali gus membawa francais milik David Beckham itu hanya selangkah lagi ke final MLS Cup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Inter Miami
#MLS Eastern Conference
#FC Cincinnati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan