LIONEL Messi akan terlepas perlawanan LaLiga di antara Barcelona dan Elche malam esok selepas gagal dalam rayuannya daripada digantung dua perlawanan.
Penggantungan bintang Argentina itu berpunca daripada satu insiden ketika pasukannya tewas kepada Athletic Bilbao dalam final Supercopa de Espana, di mana dia diarahkan keluar padang selepas dikesan memukul Asier Villalibre susulan rujukan video bantuan pengadil (VAR).
Selepas melakukan 753 penampilan buat kelab itu dalam kesemua kejohanan, ia merupakan kali pertama Messi dilayangkan kad merah.
Barca mengemukakan rayuan berkenaan penggantungan itu tetapi mengesahkan semalam bahawa usaha mereka tidak berhasil dan ia bermakna Messi tidak dapat beraksi di Estadio Martinez Valero malam esok.
BACA: Messi digantung perlawanan selepas terima kad merah pertama di Barcelona
Pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu telahpun menjalani penggantungan pertamanya dengan tidak terlibat dalam perlawanan Copa del Rey di laman Cornella awal pagi semalam.
Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite menjaringkan gol dalam masa tambahan selepas Barca mensia-siakan dua sepakan penalti ke atas lawan daripada liga divisyen tiga itu.
Messi akan kembali mewakili Barca dalam perlawanan pusingan 16 Copa del Rey menentang Rayo Vallecano, Rabu ini sebelum sekali lagi bertemu Bilbao dalam LaLiga hujung bulan ini.
Astro Arena
Sat Jan 23 2021

Messi diarahkan keluar padang buat kali pertama sepanjang karier kelabnya selepas dia kelihatan hilang pertimbangan pada penghujung permainan final Supercopa de Espana antara Barcelona dan Athletic Bilbao 18 Jan lalu. - Gambar fail

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

AWANI Ringkas: Pesakit COVID-19 boleh diarah pakai gelang pengesan

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh
Beliau menyifatkan hukuman yang diumumkan Menteri Kanak Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai kejam dan keterlaluan.

130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan hari ini
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.

Guna radio komuniti sampaikan maklumat mengenai vaksin COVID-19
Guna radio komuniti sampaikan maklumat Vaksin COVID-19 kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman atau bukit bukau. Itu saranan Prof Madya Dr Sara Chinnasamy, yang menekankan bahawa kefahaman tentang vaksin COVID-19 perlu dilakukan kepada mereka yang tiada kemudahan capaian internet.

Ini antara SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah
TH Travel bersedia menghadapi sebarang peraturan dan Prosedur Operasi Standard baharu yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Program Imunisasi | Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM selesai suntikan vaksin COVID-19
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju pagi ini. Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh Vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Barcelona kata saya sudah tua, tidak lagi sesuai untuk kelab gergasi - Suarez
Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez, mendedahkan Barcelona memberitahunya bahawa dia telah melepasi tahap kemuncak.

Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG - Koeman
Kekalahan Barca 4-1 di laman sendiri kepada PSG dalam pusingan 16 UCL Rabu lalu diikuti keputusan seri 1-1 dengan Cadiz.

Manchester City elak dikait isu Messi
Kontrak Messi di Barcelona akan tamat hujung musim ini selepas merancang meninggalkan Camp Nou pada Ogos tahun lalu.

Mbappe terbukti antara pemain terbaik dunia, kata Pochettino selepas malukan Barcelona
Mbappe menunjukkan mengapa dia diiktiraf sebagai penerus kepada Messi, sebagai 'pemain terbaik dunia'.

Agenda PSG pancing Lionel Messi ditempelak
Messi hangat dikaitkan akan berpindah ke kelab yang berpangkalan di Paris berkenaan sebaik kontraknya berakhir, hujung musim ini.

Silap besar Barcelona tidak jual Messi - Rivaldo
Messi bakal kehabisan kontrak pada penghujung musim dan pemenang Ballon d'Or enam kali itu dijangka bakal dilepaskan secara percuma.

Messi digantung dua perlawanan, terlepas aksi lawan Elche
Barca mengemukakan rayuan berkenaan penggantungan itu tetapi mengesahkan semalam bahawa usaha mereka tidak berhasil.

Messi digantung perlawanan selepas terima kad merah pertama di Barcelona
Ia merupakan kad merah ketiga sepanjang karier 17 tahun Messi, di mana dia pernah diarahkan keluar padang sebanyak dua kali sewaktu mewakili Argentina.

Barcelona perlu penyerang baru - Koeman
Rangkaian tiga penyerang itu melakukan 15 percubaan tetapi Frenkie de Jong muncul penjaring gol penting pasukan itu menerusi sepakan volinya hasil lambungan yang dilakukan Messi pada minit ke-27.

Pecah rekod Pele, Messi gembira di Barcelona
Ronald Koeman percaya Lionel Messi gembira di Barcelona selepas satu lagi persembahan pecah rekod dipamerkan oleh pemenang Ballod d'Or enam kali itu.