awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi jaringkan gol sepakan percuma bersejarah, atasi Ronaldo

Astro Arena
Astro Arena
03/05/2021
03:55 MYT
Messi jaringkan gol sepakan percuma bersejarah, atasi Ronaldo
Lionel Messi menjaringkan gol dalam perlawanan La Liga Santander antara Valencia dan Barcelona FC di Mestalla, Valencia, Sepanyol, 2 Mei, 2021. - REUTERS
LIONEL Messi menjaringkan gol sepakan percumanya yang ke-50 sepanjang karier bersama Barcelona untuk terus memacu peluang pasukan itu menjuarai LaLiga musim ini.
Dua jaringan yang dihasilkan Messi ketika menewaskan Valencia 3-2 awal pagi tadi turut menyaksikannya menjaringkan 28 gol dalam saingan liga musim ini.
Ia bermakna pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu telah mengatasi jumlah yang dihasilkan Cristiano Ronaldo dalam persaingan jarak jauh di antara dua ikon bola sepak itu.
Kapten Barca itu merekodkan lebih satu gol berbanding penyerang Juventus, Ronaldo -- yang merupakan bekas pemain Real Madrid -- dalam Serie A selepas penyerang Portugis itu turut menjaringkan dua gol ketika menewaskan Udinese awal pagi tadi.
Kedua-dua mereka menerajui kedudukan penjaring terbanyak liga masing-masing dan hanya penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski (36 gol), telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding Messi dalam lima liga utama Eropah musim ini.
With just 4 games remaining, Messi's 8th top scorer award looks all but guaranteed. #LaLigaSantander | #Goalscorers pic.twitter.com/Cvh5RjPwEK
— LaLiga English (@LaLigaEN) May 2, 2021
Messi menjaringkan gol sepakan percuma penting itu untuk memastikan Barcelona mendahului 3-1 di Mestalla sebelum Carlos Soler menjaringkan gol sagu hati pasukan lawan.
Sebelum itu, dia gagal menyudahkan sepakan penalti tetapi menebus kesilapan itu selepas bola gagal dikeluarkan Valencia dalam kawasan berbahaya manakala Antoine Griezmann turut menemui sasaran buat Barcelona, yang ketinggalan satu gol pada awal separuh masa kedua.
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#sepakan percuma
#sejarah
#gol
#Cristiano Ronaldo
#Bayern Munich
#Real Madrid
#bola sepak
#LaLiga
#barcelona
#Valencia
#ikon bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan