Lionel Messi berjaya membawa Barcelona ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara apabila berjaya menumbangkan AC Milan 4-0 yang sebelum itu ketinggalan 2-0 pada pusingan pertama.

Sebelum itu, Messi dikritik apabila pasukannya tumbang kepada Real Madrid dengan ketinggalan 1-3 sewaktu pertembungan di Milan hujung Februari lalu. Namun kemenangan pasukannya ke atas AC Milan telah sedikit sebanyak mengembalikan reputasinya yang membuat jaringal pada awal permainan.

Messi menjaringkan gol pada permulaan dan hujung separuh masa pertama sementara David Villa yang baru pulih dari kecederaan menjaringkan gol sepuluh minit sebaik babak separuh masa kedua bermula.

Jaringan Barcelona berjaya meletakkan pasukan itu di depan sebelum Jordi Alba pemain AC Milan menjaringkan gol menjadikan agregat 4-2 dan melonjak Barca ke pusingan suku akhir.

Messi telah menjaringkan 58 gol dalam Liga Juara-Juara lebih dua gol berbanding Ruud van Nistelrooy dan sasarannya kini untuk menyaingi Raul yang berjaya menjaringkan 71 gol.

Sebelum permainan, ianya menjadi satu teka-teki siapa yang akan berganding dengan Messi di posisi serangan dan kemudian ianya terjawab apabila Pedro Rodriguez digandingkan bersama Villa.

Di benteng pertahanan, ketua pasukan berganding bersama Javier Mascherano dan Gerard Pique.

Walaupun berkelebihan dua gol pada pusingan pertama, Milan seakan dapat meramal akan menempuh detik sukar meskipun tidak putus-putus menggasak Barca pada perlawanan itu.

Pasukan tuan rumah bermula garang dan Milan terperangkap apabila Messi memulakan serangan sebelum memberi bola kepada Xavi Hernandez dan menjaringkan gol dari sudut penjuru pada enam minit permainan.

Barca bermain rancak namun Milan juga tidak putus dengan serangan balas.

Pasukan pelawat hadir tanpa ayam tambatannya Giampaolo Pazzini yang cedera sewaktu perlawanan menentang Genoa yang menyaksikan Milan menang 2-0 hujung minggu lalu.

Stephan El Shaarawy mengejutkan tuan rumah dengan serangan berbisa namun diselamatkan penjaga gol Barca Victor Valdes.

Ternyata pertahanan Milan Christian Abbati terpaksa bekerja keras apabila Andres Iniesta melakukan hantaran lintang. Messi dengan pantas menyambar dari sudut lalu menanduk masuk ke pintu gawang.

Abbiati kemudian menafikan Xavi dan kembali mengawal permainan sebaik babak separuh masa kedua bermula.

Impian Barca untuk menghampiri kejuaraan semakin hampir apabila pemain pertahanan AC Milan Mascherano menjaringkan gol sendiri.

Beberapa minit kemudian menyaksikan Iniesta membantu Messi menjaringkan gol dari jarak 20 ela.

Alba terpaksa bertahan apabila pemain gantian Robinho mencipta jaringan gol keempat dua minit sebelum wisel penamat.