awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abraham bantu AC Milan jinakkan Slovan Bratislava

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2024
02:15 MYT
Abraham bantu AC Milan jinakkan Slovan Bratislava
Aksi Tammy Abraham ketika menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika perlawanan Liga Super Slovak antara Slovan Bratislava dan AC Milan di Tehelne, Bratislava, Slovakia, 26 Nov 2024. REUTERS
JUARA tujuh kali AC Milan bergelut sebelum berjaya membawa keluar tiga mata dari Tehelne Pole selepas mengatasi cabaran gergasi Liga Super Slovak, Slovan Bratislava, 3-2.
Tuan rumah yang ditubuhkan pada awalnya dengan nama I CSSK Bratislava pada 1919, sebelum dijenamakan semula sebagai Slovan Bratislava tahun 1953 dibimbing Vladimír Weiss terlebih dulu ketinggalan hasil sentuhan bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic minit ke-21.
Krali Bratislavy itu kemudian menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-24 pemain Armenia, Tigran Barseghyan untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1 bagi menamatkan 45 minit separuh masa pertama.
Separuh masa kedua I Rossoneri yang dibimbing Paulo Fonseca kembali memimpin perlawanan menerusi gol pemain gantian Rafael Leao minit ke-68 bagi melebarkan pendahuluan.
Bratislava tidak menunggu lama untuk mengikat semula perlawanan menerusi jaringan pemain gantian Nino Marcelli minit ke-88 sebelum bekas bintang Chelsea, Tammy Abraham yang menyertai AS Roma sebelum dipinjamkan ke AC Milan, menoktahkan kebangkitan pasukan tuan rumah. - Sinar Harian
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#AC Milan
#Liga Super Slovak
#Slovan Bratislava
#Tammy Abraham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan