awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026

Bernama
Bernama
18/10/2024
14:57 MYT
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan. - Reuters
BERLIN: Kapten Argentina Lionel Messi tidak menolak kemungkinan untuk beraksi pada Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Saya cuba untuk tidak mendahului diri sendiri. Saya fokus untuk menikmati setiap hari. Apabila tiba masanya, kita akan lihat. Saya tidak suka tergesa-gesa. Harap-harap, saya boleh terus beraksi di tahap ini kerana ia membuatkan saya gembira," kata Messi seperti dipetik oleh akhbar Marca pada Jumaat.
Messi, 37, menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
"Saya lebih memberi tumpuan kepada perasaan diri saya sekarang, memastikan saya gembira dan bermain dengan baik. Sama ada saya akan beraksi di Piala Dunia 2026 atau tidak... kita akan lihat apabila tiba masanya," katanya.
Messi juga menegaskan bahawa "dia tidak datang ke AS untuk bersara." Bekas bintang Barcelona itu meninggalkan Paris Saint-Germain pada Julai 2023 untuk menyertai kelab MLS, Inter Miami.
"Saya datang untuk membantu membina sesuatu yang istimewa dengan kelab ini. Kami bernasib baik memenangi lebih banyak kejuaraan, dan kami masih mendambakan lebih banyak kejuaraan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Piala Dunia
#prestasi
#bola sepak
#MLS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan