LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan ketiadaan hak penyiaran Liga Malaysia musim ini menyaksikan baki agihan siaran tidak dapat diagihkan kepada rakan kongsi badan induk itu.
Situasi itu menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana terpaksa berputih mata selepas penantian hampir empat bulan untuk mendapatkan baki agihan gagal dilangsaikan.
Pengerusi MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata perkembangan terbabit telah dijelaskan secara terperinci kepada semua rakan kongsi dalam mesyuarat agung luar biasa pada Sabtu.
Bagaimanapun, sebelum ini MFL sudah pun mengagihkan pendapatan sebanyak RM1.5 juta kepada pasukan dalam Liga Super dan RM500,000 kepada pasukan Liga Perdana, Julai lalu.
"Liga Malaysia musim 2019 berjalan tanpa penaja utama hak penyiaran. Meskipun tanpa penajaan ini, MFL tetap menguruskan operasi Liga Malaysia dengan baik apabila semua pertandingan, iaitu Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran berjaya dianjurkan.
"MFL tetap memastikan agihan hak pendapatan kepada pasukan pada 15 Julai lalu dan MFL percaya bahawa mereka (pasukan) memahami situasi yang berlaku yang mana tiada penaja utama hak penyiaran pada musim 2019.
"Jika pendapatan untuk diedarkan kepada pasukan adalah kurang daripada RM18 juta, maka jumlah yang akan diedarkan kepada pasukan akan ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL," katanya.
Selain itu, 24 rakan kongsi juga juga bersetuju dengan pindaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tidak lagi berada dalam Ahli Lembaga Pengarah badan itu bagi mengalihkan fokus kepada tugas mengendalikan operasi MFL.
"Sebelum ini, di dalam perlembagaan kami, Artikel 154 menyatakan bahawa CEO adalah Ahli Lembaga Pengarah. Rakan kongsi telah bersetuju untuk meminda bahawa CEO bukan lagi Ahli Lembaga Pengarah."
Sementara itu, Hamidin turut menjelaskan situasi jadual perlawanan Liga Malaysia yang dikhabarkan padat akan berterusan menjelang musim baru disebabkan sebab-sebab tertentu.
Ia antara keputusan terbaik yang boleh dilakukan atas penglibatan skuad kebangsaan Malaysia dalam kalendar FIFA bermula penghujung Oktober depan.
Sebarang perubahan akan terjadi jika berlakunya bencana seperti jerebu atau perkara yang memaksa perlawanan ditunda.
"Semua perlu faham bahawa kalendar di sini melibatkan beberapa acara seperti Hari Raya Aidilfitri, ditambah dengan saingan Piala AFF yang perlu dihadapi skuad kebangsaan tahun depan.
"Perkara ini telah dibincang dengan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe," ujar Hamidin.
Astro Arena
Sat Dec 14 2019

Hamidin menjelaskan, jadual perlawanan Liga Malaysia akan padat menjelang musim baru tetapi ia antara keputusan terbaik yang boleh dilakukan susulan penglibatan skuad kebangsaan Malaysia dalam kalendar FIFA bermula Oktober 2020. Gambar fail

Vaksin COVID-19 | Jauhi nasionalisme vaksin - PBB
Dalam usaha melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19, negara-negara kaya diingatkan supaya tidak mengumpul bekalan vaksin melebihi jumlah yang diperlukan. Kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, nasionalisme vaksin ini hanya akan melambatkan proses pemulihan.

Proklamasi darurat | Gantung perlembagaan tidak bantu pulihkan COVID-19
Menggantung Perlembagaan secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.

COVID-19 | Tubuh panel dianggotai doktor, wakili orang awam
Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang lebih berkesan ketika ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel yang dianggotai oleh pakar perubatan. Ini kerana jelasnya, penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada selain langkah keselamatan susulan yang perlu dilakukan.

Hanya 30 peratus rakyat Malaysia patuh arahan pemakaian pelitup muka - Pakar
Hanya kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan sesak sejak ia diwajibkan pada Ogos tahun lepas.

Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
Biden merancang untuk menarik balik beberapa dasar yang diperkenalkan bawah pentadbiran Trump.

COVID-19: 21 kes positif, cetus kluster majlis hari keluarga di Sabah
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majlis yang berlangsung di Kota Belud, Sabah itu turut dikesan di daerah Tuaran.
![[INFOGRAFIK] UMNO perlu guna masa darurat perbaiki imej [INFOGRAFIK] UMNO perlu guna masa darurat perbaiki imej](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/10716867251610884415562/1885975_8967789641610884963435_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO perlu guna masa darurat perbaiki imej
![[INFOGRAFIK] Darurat bukan ubat 'krisis tiga serangkai' [INFOGRAFIK] Darurat bukan ubat 'krisis tiga serangkai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/12249834571610884415575/1885974_8967789641610884895910_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Darurat bukan ubat 'krisis tiga serangkai'

COVID-19: Sarawak catat 62 kes baharu, satu kematian
Sehingga siasatan klinikal selesai dijalankan, kes kematian ini tidak akan dikategorikan sebagai kes kematian akibat COVID-19.
![[INFOGRAFIK] Perkembangan kes COVID-19 [17 Januari 2021] [INFOGRAFIK] Perkembangan kes COVID-19 [17 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29499622971610884415575/1885973_8967789641610884729631_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Perkembangan kes COVID-19 [17 Januari 2021]

MFL jelaskan punca hak penyiaran tidak diagihkan
Situasi itu menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana terpaksa berputih mata selepas penantian hampir empat bulan untuk mendapatkan baki agihan gagal dilangsaikan.