SHAH ALAM: Persatuan Golf Junior Malaysia (MGJA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan untuk memperluas inisiatif dan usaha mengasah bakat-bakat baharu dalam sukan golf dengan menubuhkan akademi golf.
Menurut Presiden MGJA Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, perkara tersebut masih dalam peringkat awal perbincangan bersama pihak UiTM menerusi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).
"Penubuhan akademi itu tidak semestinya perlu kita wujudkan bangunan atau infrastruktur fizikal. Ia mungkin cukup dan memadai dengan adanya program-program yang mungkin boleh dijalankan," katanya pada sidang media selepas hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama UiTM di sini hari ini.
Sementara itu menurut Naib Canselor UiTM Datuk Roziah Mohd Janor, usaha mewujudkan akademi tersebut diharapkan akan terlaksana dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
"Kita akan lihat secara terperinci dan perbincangan ke arah itu masih berjalan. Namun ia sudah tentunya melibatkan banyak perkara termasuk tenaga kepakaran dan juga peruntukkan," katanya pada sidang media tersebut.
Dalam pada itu menyentuh mengenai MOU yang ditandatangani hari ini Mohizam menyatakan bahawa ia membabitkan kerjasama yang dijalinkan antara dua pihak dalam aspek pembangunan pendidikan selain usaha melahirkan pemain golf profesional pada masa akan datang.
MGJA katanya, memiliki tenaga pakar dalam kalangan pemain-pemain golf profesional negara untuk turut sama membantu untuk merealisasikan hasrat tersebut.
"UiTM ada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasidi peringkat remaja dan tenaga profesional kita boleh asahkan lagi bakat mereka. Harap satu hari nanti ada pelajar UiTM akan ke peringkat antarabangsa dalam sukan golf," katanya lagi.
Perjanjian itu katanya, akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara termasuklah pertukaran maklumat berkenaan perkembangan program pendidikan, pembangunan atlet dan penyelidikan.
Selain itu, ia turut meliputi penganjuran simposium, konferensi dan penjanaan kursus jangka pendek.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Jun 07 2022

Irmohizam (tengah) semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama UiTM di Shah Alam pada Rabu. - Astro AWANI

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Belum ditahan, Muhyiddin akan dipanggil esok - Sumber SPRM
Sumber SPRM mengesahkan kepada Astro AWANI berhubung berita tentang Muhyiddin dipanggil ke ibu pejabat agensi tersebut.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mendiang M.Ramayah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda golf negara M.Ramayah yang meninggal dunia hari ini.

Kelly buru kelompok 30 terbaik LPGA
Sasaran itu dibuat sebagai usaha memburu impiannya untuk menjadi wanita pertama negara menjuarai kejohanan antarabangsa tersebut.

Melaka sedia jadi tuan rumah acara golf skala besar
Sulaiman berkata ia secara tidak langsung bakal melonjakkan pelancongan sukan yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Toyota Tour jelajah negara bermula Mac, martabat sukan golf
Toyota Tour bukan sahaja menyediakan platform kompetitif, tetapi juga mengangkat sukan golf profesional di Malaysia dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan venue berkelas dunia.

Gareth Bale bakal bertanding dalam pertandingan golf di California
Bekas pemain Tottenham, Real Madrid dan Wales itu meninggalkan bola sepak awal bulan ini.

Golf: Shariffuddin, Paul ketuai cabaran Malaysia di Masters Selangor
Shariffuddin dan Paul perlu memanfaatkan peluang bermain di negara sendiri untuk layak antara 10 pemain teratas ke Jelajah Asia 2023.

Tengku Muhammad Iskandar rasmi pusingan akhir WAGC
Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah berkenan merasmikan pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

Golf: Jelajah PGA perkenal format baru lebih lumayan
Jay Monahan memperincikan empat perkara penting untuk membawa pemain terkemuka berentap dengan lebih kerap.

Gavin hanya ketinggalan satu pukulan dengan juara Siri Antarabangsa Singapura
Gavin merakamkan 273 pukulan untuk terikat dengan pemain Kanada, Richard T Lee dan pemain Thailand, Phachara Khongwatmai.