LEGENDA Formula One, Michael Schumacher dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Paris, Perancis.

Memetik laporan media antarabangsa, difahamkan juara dunia tujuh kali itu akan melakukan pembedahan sel terapi.

Schumacher dilaporkan mula dimasukkan ke wad pada petang Isnin.

Bagaimanapun, pihak Schumacher masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Pada Disember 2013 bekas pemandu F1 itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala semasa terlibat dalam kemalangan ski di Perancis.

Beliau dilaporkan sedang bermain ski bersama anaknya di sebuah resort dan kepalanya terhentak pada batu.

Schumacher segera dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan otak.