awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun

Astro Arena
Astro Arena
16/02/2025
02:15 MYT
Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL. - Stadium Astro
ARSENAL 2 LEICESTER 0
Mikel Merino mendedahkan bahawa dia semdoro terkejut besar apabila diminta untuk menjadi bidan terjun sebagai penyerang dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Selepas kehilangan Kai Havertz akibat kecederaan hingga akhir musim ini sementara Gabriel Jesus dan Bukayo Saka turut diketepikan, Mikel Arteta memilih untuk bermula tanpa penyerang tulen untuk menentang Foxes.
Leandro Trossard memulakan pertandingan di bahagian serangan The Gunners sambil Raheem Sterling dan Ethan Nwaneri turut diberi peranan untuk mengacah kubu lawan.
Tatkala Arsenal diambang kehilangan dua mata berharga dalam usaha mereka untuk menghambat Liverpool di puncak kedudukan, Merino muncul dari bangku simpanan untuk meledak dua jaringan lewat.
Malah, Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL sejak Martinelli melakukannya ke atas Crystal Palace pada Januari 2024 dan yang pertama melakukannya di tempat lawan sejak Pierre-Emerick Aubameyang menentang Fulham di Craven Cottage pada Oktober 2018.
"Arteta memberitahu bahawa saya akan masuk sebagai penyerang," katanya kepada TNT Sports.
“Pagi ini kami sempat berbincang sedikit dengan salah seorang pembantunya.
“Sejujurnya, ia satu kejutan kerana ini kali pertama dalam karier saya bermain di posisi ini.
"Dia mengarahkan saya supaya untuk turun sebagai penyerang, pastikan pergi dengan kekuatan saya, nasib baik saya dapat membantu pasukan menerusi dua gol hari ini." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#EPL
#Mikel Merino
#Arsenal
#Leicester
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan