PETALING JAYA: Pemain bola sepak muda negara Muhammad Soleh Ahmad Shukri yang akan menyertai Akademi Malaga City FC di Sepanyol selama setahun bermula bulan depan menanam tekad untuk bergelar pemain bola sepak profesional suatu hari nanti.
Muhammad Soleh, 17, yang akan berlepas pada Khamis tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mendapat tawaran menyertai akademi berkenaan bulan lepas dan berjanji untuk menguasai teknik permainan bola sepak sebaiknya sepanjang di Sepanyol.
Anak jati Terengganu itu berkongsi dia sudah berkecimpung dalam sukan bola sepak sejak berusia 7 tahun, namun hanya serius untuk berada dalam arena bola sepak negara tiga tahun lalu bermula dengan menjadi pemain sayap kanan kelab FC 1Goal.
"Saya sangat gembira untuk ke Akademi Malaga bagi memperbaiki pengetahuan berkenaan bidang bola sepak walaupun agak sedih kerana ini merupakan pengalaman kali pertama saya berpisah dengan keluarga.
"Namun, saya yakin saya mampu membuat ahli keluarga bangga dengan pencapaian saya nanti dan berharap mampu berkongsi ilmu bola sepak bersama dengan yang lain apabila sudah habis menyertai akademi ini nanti," katanya.
Muhammad Soleh ditemui pemberita selepas menerima sumbangan barangan kesihatan bernilai kira-kira RM2,000 daripada Hospital Pakar KPJ Damansara yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Ahmad Syukri Jamaludin dan pakar perunding Ortopedik, Kecederaan Sukan dan Trauma Dr Rozman Md Idrus di sini pada Rabu.
Bagi ayah Muhammad Soleh, Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh yang juga Pakar Perunding Perubatan dan GastroHepatologi KPJ Damansara, beliau tidak menyangka anak bongsu daripada empat adik-beradik itu memilih menjadikan bola sepak sebagai kerjaya profesional.
Beliau yang akan turut berangkat ke Sepanyol selama sebulan untuk memberi sokongan kepada Muhammad Soleh bersyukur kerana anaknya itu mampu membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya bola sepak sebaiknya.
Selain Muhammad Soleh, hampir 10 pemain muda negara sebelum ini pernah memasuki akademi bola sepak serta pasukan pembangunan terkemuka antarabangsa termasuk Aqil Arazi Aziz di AS Cannes, Perancis; Allee Putra Azril (Akademi Malaga City FC, Sepanyol) serta Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab Red Star Belgrade.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022
Muhammad Soleh ketika ditemu bual media pada majlis pengumuman penajaan beliau ke Akademi Bola Sepak Antarabangsa Malaga City, Sepanyol daripada Hospital Pakar KPJ Damansara, di Kuala Lumpur, 28 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Misi di Sepanyol: Muhammad Soleh mahu jadi pemain profesional
Muhammad Soleh berjanji untuk menguasai teknik permainan bola sepak sebaiknya sepanjang di Sepanyol.