Suatu misi yang dianggap ‘Do-or-Die’ kepada England dan Uruguay bagi perlawanan kedua Kumpulan D awal pagi nanti selepas kedua-duanya tewas dalam perlawanan pertama.

England sudah tentu tidak mahu pulang ke tanah air dengan keadaan malu ditambah tekanan daripada masyarakat dan medianya disana, skuad kendalian Roy Hodgson ini pasti akan melakukan sesuatu dalam mengekang asakan Uruguay.

Hodgson dijangka akan terus meletakkan barisan pemain mudanya seperti Raheem Sterling yang memperoleh pujian terhadap persembahannya ketika menentang Itali.

Selain itu, pemain seperti jentera serangan kali ini akan dipikul oleh Daniel Sturridge, Danny Welbeck dan Wayne Rooney yang dikritik akhir-akhir ini kerana kegagalannya menghadirkan jaringan kepada skuad ‘Three Lions’.

Pemain senior, Frank Lampard dan ketua pasukan, Steven Gerrard dijangka akan diturunkan bagi menguatkan barisan tengah sementara di bahagian pertahanan pula Leighton Baines, Glen Johnson, Gary Cahill dan Phil Jagielka akan bergandingan bagi mengekang serangan Uruguay ke kubu England.

Selepas dimalukan pasukan kerdil, Costa Rica, Uruguay tidak mahu episode sama berulang ketika menentang England maka jurulatihnya, Oscar Tabarez tidak akan mengambil risiko kekalahan dan dijangka akan menurunkan penyerang Liverpool, Luis Suarez bergandingan dengan Edinson Cavani.

Selain itu, penggantungan Maxi Pereira yang dilayangkan kad merah ketika melawan Costa Rica nyata menjejaskan pertahanan mereka dan tempatnya dijangka akan diisi oleh Sebastian Coates.

Pemain yang diturunkan semasa menentang Costa Rica dijangka akan dikekalkan.

Sementara itu, dua perlawanan Kumpulan C turut akan berlangsung membabitkan Colombia dan Ivory Coast dan Jepun menentang Greece.

Selepas meraih kemenangan masing-masing pada perlawanan pertama, Colombia dan Ivory Coast akan bersama-sama mencuba untuk mencari kemenangan bagi mengiringi Belanda dan Chile yang telah pun layak ke pusingan kedua.

Colombia dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan drastik pada kesebelasan utama dan berita gembira mereka adalah kembalinya perancang tengah mereka, Fredy Guarin manakala Ivory Coast dijangka akan meletakkan kembali Didier Drogba dalam kesebelasan utama selepas direhatkan di bangku simpanan ketika perlawanan menentang Jepun.

Jepun yang membawa panji Asia di Piala Dunia ini akan mengelakkan kelekaan disaat akhir ketika menentang Ivory Coast tidak diulangi ketika bertemu Juara Euro 2004, Greece.

Jepun dijangka akan menurunkan Shinji Kagawa, Shinji Okazaki dan Keisuke Honda yang akan bersama-sama cuba mengkucar-kacirkan pertahanan Greece manakala pertahanan akan dikemudi oleh pertahanan utama mereka Makoto Hasebe dan Yuto Nagatomo.

Greece pula tidak rela berputih mata dan akan menggunakan perlawanan kedua ini untuk memperoleh mata kemenangan untuk mencerahkan peluang ke peringkat pusingan kedua.