awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Edilah kekal bersemangat selepas tewas, mahu kembali lebih kuat

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
22/06/2019
01:59 MYT
MMA: Edilah kekal bersemangat selepas tewas, mahu kembali lebih kuat
Edilah yang berusia 26 tahun kini memegang rekod MMA 2-3. - Foto Instagram/@edilahjohany
Satu acara seni bela diri campuran (MMA), iaitu ONE Warrior Series 6 anjuran ONE Championship telah berlangsung pada Khamis lalu.
Acara yang diadakan di Singapura itu menampilkan dua petarung MMA dari Malaysia iaitu Jace Law dan Edilah Johany.
Jace Law berjaya membawa pulang kemenangan menerusi TKO seawal saat ke enam pada pusingan pertama.
BACA: 6 saat sahaja, atlet Malaysia Jace Law TKO-kan petarung Korea Selatan
Namun bagi Edilah pula, nasib tidak menyebelahi petarung dari Sabah ini.
Edilah terkandas di pusingan ketiga di mana dia tewas di tangan Ji Yeon Seo yang berasal dari Korea Selatan menerusi TKO.
Walaupun tidak berjaya memperolehi kemenangan, Edilah menerusi laman Instagramnya tetap positif dan kekal bersemangat dalam meneruskan kerjayanya sebagai petarung MMA.
"Saya tidak berjaya memperolehi kemenangan. Tetapi saya mendapat satu lagi perkara yang paling penting untuk menjadikan saya seorang artis bela diri iaitu kecekalan," kata Edilah.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih pada jurulatih, rakan sepasukan, rakan-rakan dan ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan membantu saya ketika kem latihan. Terima kasih juga kepada penaja atas tajaan dan kepercayaan.
"Saya akan kembali dengan lebih kuat dan akan kembali untuk menang," kata Edilah lagi, mengakhiri mesejnya dengan kata-kata semangat.
Dengan kekalahan ini, Edilah yang berusia 26 tahun kini memegang rekod MMA 2-3.
Mari kita bersama-sama memberi kata semangat dan sokongan padu pada Edilah.
Topic Berkaitan
#Edilah Johany
#Jace Law
#Ji Yeon Seo
#Korea Selatan
#Mixed Martial Arts
#MMA
#ONE Championship
#ONE Warrior Series 6
#seni bela diri campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan