awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Hisyam mahu lakar kemenangan untuk Malaysia di Bangkok

Ili Hadri Khalil
Ili Hadri Khalil
13/03/2018
06:17 MYT
MMA: Hisyam mahu lakar kemenangan untuk Malaysia di Bangkok
Hisyam, 27 tahun, akan bertarung di kejohanan ONE Championship 'Iron Will' yang akan diadakan di Impact Arena, Bangkok pada 24 Mac ini. - Foto ONE Championship
Selepas pertarungannya di Kuala Lumpur dibatalkan, kini atlet senibela diri campuran (MMA) negara Hisyam Samsudin bakal beraksi pula di Thailand.
Hisyam, 27 tahun, akan bertarung di kejohanan ONE Championship 'Iron Will' yang akan diadakan di Impact Arena, Bangkok pada 24 Mac ini.
Dia pada mulanya dijadualkan beraksi di ONE: Visions of Victory di ibu negara namun pertarungan itu terpaksa dibatalkan kerana lawannya mengalami kecederaan.
Namun begitu, anak kelahiran Sabah yang dikenali dengan gelaran 'Zephyrus' ini tidak patah semangat untuk beraksi di pentas antarabangsa itu nanti.
“Saya berasa sangat bersedia kerana sudah berusaha keras untuk pertarungan di Kuala Lumpur tetapi dibatalkan. Namun saya bersedia untuk perlawanan di Bangkok kerana momentum saya masih ada,” kata Hisyam.
Anak didik petarung veteran, AJ Lias Mansor ini bakal bertemu Sunoto dari Indonesia yang merupakan seorang petarung yang gemar mencari kemenangan dengan membawa lawannya ke 'ground' atau lantai.
“Sunoto memang seorang yang mahir di lantai, dia suka menjatuhkan lawan dan cuba menamatkan perlawanan di lantai. Tetapi saya sudah berlatih untuk bertarung di lantai dengan teknik gusti dan Brazil jiu-jutsu, dan saya sangat bersedia untuknya.
"Saya tak nampak kelebihan pesaing saya dari segi serangan, dia ada kekuatan tetapi tiada kombinasi. Dia gemar memberikan tumbukan tunggal. Jadi saya akan cuba gunakan tumbukan saya untuk membuatkan dia penat secara perlahan-lahan,” katanya lagi.
Di samping itu, Hisyam turut mengucapkan tahniah kepada atlet MMA yang berjaya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
“Tahniah sekali lagi saya ucapkan untuk semua ‘fighters’ yang menang dan telah semua telah berikan yang terbaik. Saya tahu bahawa Gianni Subba tewas, namun langkahnya untuk bertarung dalam acara utama membuktikan dia petarung yang hebat,“ tambah Hisyam.
Selain MMA, Hisyam turut pernah bertanding di kejohanan ONE Silat, dan pernah menjadi rakyat Malaysia pertama yang meraih gelaran juara light heavyweight World Boxing Federation (WBF).
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Hisyam Samsudin
#Impact Arena Bangkok
#Mixed Martial Arts
#MMA
#ONE
#ONE Championship
#ONE Iron Will
#Senibela diri campuran
#Zephyrus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan