awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: UFC tolak tawaran saya untuk berlawan Mac ini - Conor McGregor

Haider Yutim
Haider Yutim
23/02/2018
00:08 MYT
MMA: UFC tolak tawaran saya untuk berlawan Mac ini - Conor McGregor
MCGREGOR: Saya sudah teruja untuk menyertai pada saat akhir, dan bertarung dalam kategori featherweight. - REUTERS/Fail
BINTANG seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor hari ini mendakwa, pihak UFC telah menolak tawarannya untuk bertarung pada kejohanan UFC 222, Mac ini.
Menerusi satu catatan di akaun Instagram miliknya, petarung dari Ireland itu berkata, dia sudah pun menghantar namanya untuk menentang Frankie Edgar, selepas Max Holloway menarik diri.
Bagaimanapun, dia dimaklumkan bahawa pihak UFC tidak sempat untuk mengumpul wang pembayaran yang secukupnya jika McGregor menyertai pertarungan itu.
“Saya sudah teruja untuk menyertai pada saat akhir, dan bertarung dalam kategori featherweight.
“Tolonglah hormati segala usaha yang saya buat selama ini di luar gelanggang, di samping berlawan.
“Saya ada di sini. Keputusan di tangan mereka (UFC) untuk mendapatkan saya, kerana saya ada di sini. Yang benar, juara segala juara,” katanya.
Selain itu, juara dunia lightweight UFC itu juga sekali lagi mengesahkan dia akan kembali bertarung.
“Saya akan berlawan lagi. Noktah. Saya yang terbaik dalam (sukan) ini,” tegas McGregor.
McGregor pada Disember lalu mengumumkan akan kembali ke gelanggang MMA selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam arena tinju.
BACA: Conor McGregor umum akan kembali ke gelanggang MMA
Ketika ini, McGregor yang mempunyai rekod kemenangan 21-3 itu masih kekal di bawah kontrak UFC.
I am fighting again. Period. I am the best at this. I put my name forward to step in at UFC 222 to face Frankie Edgar when Max Holloway pulled out, but I was told there wasn't enough time to generate the money that the UFC would need. I was excited about bouncing in last minute and taking out the final featherweight, without all the rest of the stuff that comes with this game. Please respect the insane amount of work outside the fight game that I have put in. On top of the fighting. I am here. It is on them to come and get me. Because I am here. Yours sincerely, The Champ Champ™
A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma) on
Feb 22, 2018 at 11:58am PST
Kali terakhir McGregor bertarung ialah dengan peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather pada Ogos lalu.
Dalam pertarungan itu, dia tewas dengan Mayweather menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) di pusingan ke-10.
Keputusan tersebut melebarkan rekod Mayweather kepada 50-0, memecahkan rekod 49-0 oleh peninju lagenda Rocky Marciano.
Topic Berkaitan
#Conor McGregor
#Frankie Edgar
#Max Holloway
#MMA
#seni beladiri campuran
#tinju
#UFC
#UFC 222
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan