awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
Amaran ribut petir di empat negeri, Kuala Lumpur hingga 9 malam ini
'Kenapa takut dengan DAP jika tidak takut dengan Gerakan, MCA?' - Johari Ghani
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mobile Legends: MyA kuat bukan kerana skil individu, tapi sebagai satu pasukan - King Zyzz

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
05/05/2018
05:19 MYT
Mobile Legends: MyA kuat bukan kerana skil individu, tapi sebagai satu pasukan - King Zyzz
Tidak mahu menoleh kebelakang dengan kedua-dua pemergian dua rakan sepasukannya itu, King Zyzz (gambar) berkata MyA akan terus bangkit dan cuba mengekalkan momentum mereka sebagai salah sebuah pasukan Mobile Legends paling kuat di Malaysia.
Keputusan pemain profesional Mobile Legends Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria meninggalkan pasukan Mysterious Assassins (MyA) bagi menyertai AirAsia Saiyan (ASYN) baru-baru ini sememangnya memberi kejutan kepada komuniti e-sukan tempatan.
Antara yang paling terkesan dengan tindakan Soloz itu adalah termasuk kapten MyA, Mohd Zulshahrin 'King Zyzz' Zulkifli.
“Memang ia merupakan satu berita yang agak susah untuk diterima apabila Soloz membuat keputusan untuk tidak lagi bersama kami sebab MyA sudah kehilangan dua tonggak utamanya.
“Namun saya ucapkan tahniah kepada Soloz sebab sertai ASYN. Saya doakan yang terbaik untuknya.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada Soloz kerana telah bersama MyA selama hampir dua tahun. Dia merupakan drafter (penyusun strategi pemilihan hero) yang telah membantu menaikkan nama MyA,” kata King Zyzz ketika dihubungi Astro AWANI semalam.
Selain Soloz, pemain tank Mohd Haqqani '2ez4jepv' Jaffar turut umum dia meninggalkan MyA pada 18 April lalu dan bakal menubuhkan pasukannya tersendiri.
“
Kami akan buktikan MyA kuat bukan kerana kekuatan seorang pemain tetapi sebagai satu pasukan.
”
- Mohd Zulshahrin 'King Zyzz' Zulkifli, Kapten Mysterious Assassins (MyA)
Tidak mahu menoleh ke belakang dengan keputusan penghijrahan kedua-dua dua rakan sepasukannya itu, King Zyzz berkata MyA akan terus bangkit dan cuba mengekalkan momentum mereka sebagai salah sebuah pasukan Mobile Legends paling kuat di Malaysia.
“Kami akan bangkit dan berikan yang terbaik. Kami akan cuba membentuk keserasian yang lebih baik dengan rakan sepasukan yang baharu.
“Kami akan buktikan MyA kuat bukan kerana kekuatan seorang pemain tetapi sebagai satu pasukan,” tegasnya.
MyA ditubuhkan pada Oktober 2016 oleh King Zyzz dan Muhd Hilmi 'Sh4dow' Abdul Halim. Ia kemudiannya disertai 2ez4jepv dan Soloz. Selang setahun kemudian, pasukan tersebut menerima ahli baru Khor Hoi 'Facebook' Cean.
Antara pencapaian membanggakan yang pernah diraih MyA termasuk tempat ketiga Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura yang berlangsung bulan lalu, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
#King Zyzz
#Mobile Legends
#mohd faris zakaria
#Mohd Zulshahrin Zulkifli
#mya
#mysterious assassins
#soloz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan