awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model kewangan EPL berat sebelah?

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2024
22:15 MYT
Model kewangan EPL berat sebelah?
John Textor bercakap pada Sidang kemuncak Financial Times Business of Football di London, 29 Feb 2024. (Foto AP)
MODEL kemampanan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) disifatkan berat sebelah apabila menyekat kelab bercita-cita tinggi daripada mencabar penguasaan enam pasukan besar, kata pemilik bersama Crystal Palace, John Textor.
Peraturan keuntungan dan kelestarian (PSR) diperkenalkan pada 2013 untuk menyamakan kedudukan dan menghalang kelab mempunyai pemilik kaya daripada membelanjakan sejumlah besar wang.
Kelab berdepan risiko potongan mata apabila mengalami kerugian lebih daripada £105 juta pound dalam tempoh tiga tahun atau £35 juta semusim.
Bagaimanapun, mereka boleh mengimbangi perbelanjaan dengan hasil yang dijanakan dalam tempoh tersebut.
Melabur dalam pembangunan belia, bola sepak wanita, infrastruktur dan kerja komuniti juga merupakan cara untuk mengimbangi kerugian dalam akaun dan mengelakkan sekatan.
Bagaimanapun pengkritik berkata, peraturan kewangan EPL menyaksikan peluang terhad untuk kelab kecil mencabar pasukan lebih mantap dengan pangkalan penyokong-penyokong lebih besar.
“Sudah jelas bahawa mereka (PSR) dibina untuk memastikan bahawa kelab yang tidak memacu pendapatan yang besar tidak dapat mengejar.
“Permainan adil kewangan adalah satu penipuan bagi sesuatu istilah, untuk mengatakan ia mengenai kemampanan. Kemampanan harus mengenai kualiti kunci kira-kira anda, bukan nisbah terhadap keuntungan dan kerugian anda.
“Kami mempunyai tiga bilionair dalam kumpulan pemilikan kami (di Crystal Palace). Kami tidak dibenarkan berbelanja pada tahap pasukan yang berada dalam enam teratas,” kata Textor semasa Sidang kemuncak Financial Times Business of Football. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#model kewangan EPL
#bola sepak
#John Textor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan