TEKA-TEKI nasib pemain veteran, Luka Modric terjawab apabila dia kekal bersama Real Madrid untuk semusim lagi sehingga Jun 2024.
Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan daripada kelab pada Isnin.
Pemain tengah berusia 37 tahun itu merupakan watak utama Madrid di sebalik tawaran menarik kelab dari Arab Saudi yang mahu melamarnya ketika kontraknya tamat akhir bulan ini.
Kapten Croatia itu mengikut jejak Toni Kroos, Dani Ceballos dan Nacho Fernandez yang melanjutkan kontrak di Madrid pada musim panas ini.
"Sepanjang 11 musim bersama kami, dia beraksi dalam 488 perlawanan dan meraih 23 trofi," kata Real Madrid dalam satu kenyataan.
Modric menjulang trofi Liga Juara-Juara lima kali bersama Madrid sejak menyertainya dari Tottenham Hotspur pada 2012.
Dia juga cemerlang membantu Madrid dengan tiga gelaran La Liga dan dua Copa del Rey.
Modric dan Croatia menduduki tangga kedua dalam saingan Liga Negara-Negara.
Malah dia juga masih belum mengumumkan sama ada mahu bersara daripada bola sepak antarabangsa atau terus beraksi sehingga Kejohanan Eropah tahun depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023
Kapten Croatia itu mengikut jejak Toni Kroos, Dani Ceballos dan Nacho Fernandez yang melanjutkan kontrak di Madrid pada musim panas ini. - Foto REUTERS
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Euro 2024: Modric menyamai rekod Cristiano Ronaldo
Luka Modric menyamai rekod jumlah penyertaan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, yang membuat penampilan dalam lima kejohanan Euro terakhir, awal pagi tadi.
Modric setia bersama Real Madrid
Kapten Croatia itu mengikut jejak Toni Kroos, Dani Ceballos dan Nacho Fernandez yang melanjutkan kontrak di Madrid pada musim panas ini.
UCL: Real Madrid sahkan Luka Modric pulih jumpa Manchester City
Pemenang Ballon d'Or 2018 itu tersisih atas sebab kecederaan ringan beberapa minggu kebelakangan ini.
Modric luah hasrat terus beraksi
Pemain berusia 37 tahun itu mendedahkan dia akan meneruskan kerjaya antarabangsanya sehingga 2023.
Piala Dunia Qatar: Croatia rayu Luka Modric tangguh persaraan
Kehadiran pemain berusia 37 tahun itu belum cukup memberi inspirasi kepada pasukannya untuk mengatasi Argentina semalam.
Piala Dunia Qatar: Croatia perlu peraga aksi terbaik sekat Argentina, kata Modric
Croatia berpeluang menjadi pasukan kedua berjaya menyingkirkan Brazil dan Argentina dalam pusingan kalah mati, selepas Jerman pada 2014.
Modric perkuat Real Madrid semusim lagi
Modric disahkan akan kekal di Santiago Bernabeu untuk semusim lagi.
Euro 2020: Croatia sahkan kemaraan dengan singkir Scotland
Calum McGregor menyamakan kedudukan pada minit ke-42, gol pertama Scotland dalam Kejohanan Eropah sejak 1996.
Euro 2020: Modric anggap England berat sebelah
The Three Lions bakal menyambut kunjungan Croatia di stadium kebangsaan itu malam ini dalam pertemuan yang disifatkan sebagai ulangan separuh akhir Piala Dunia 2018.
Real Madrid pertahan gelaran juara kelab dunia
Juara Eropah, Real Madrid muncul juara buat tahun ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Kelab Dunia FIFA di Abu Dhabi.