Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasminya menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat suara oleh Ahli Majlis badan induk itu bagi penggal 2017/2021.
Mohamad Norza menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkuat kuasa hari ini sekali gus menyaksikan BAM masih mengekalkan tradisi 32 tahun untuk tidak mempertandingkan jawatan tertinggi sukan itu.
Beliau akan dibantu dua timbalan presiden iaitu Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat.
Jawatan setiausaha kehormat BAM masih disandang Datuk Ng Chin Chai yang mengekalkan jawatan itu selama tujuh tahun berturut-turut manakala Datuk V. Subramaniam dipilih memegang jawatan bendahari.
Sebelum ini jawatan nombor satu sukan itu menjadi tumpuan apabila tercetusnya ''gentlemen''s agreement'' iaitu perjanjian antara Mohamad Norza, Tengku Mahaleel dan bekas pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid mengenai jawatan kerusi panas itu.
Namun isu tersebut selesai setelah Mohamed Al Amin bersetuju memberi laluan kepada Mohamad Norza selepas diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sidang media yang turut dihadiri Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Seri Perdana baru-baru ini.
Ahli majlis BAM juga bersetuju untuk melantik Mohamed Al Amin sebagai Penasihat BAM.
Seramai 14 ahli gabungan hadir pada AGM yang diadakan di Hotel Dorsett Subang di sini.
Berikut adalah senarai kepimpinan baharu BAM bagi penggal 2017/2021:
Presiden: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria;
Timbalan Presiden: Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat.
Setiausaha Kehormat: Datuk Ng Chin Chai;
Penolong Setiausaha Kehormat: Mohd Taupik Hussain;
Bendahari: Datuk V. Subramaniam
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2017
Mohamad Norza Zakaria kini secara rasminya menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM). -Gambar fail
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Mohamad Norza presiden baharu BAM bagi penggal 2017/2021
Mohamad Norza menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkuat kuasa hari ini.